seismik

[GAMBAR] Baju Melayu Oppa Dan 3 Lagi Koleksi Raya Yang Agak Aneh Di Mata Orang Ramai

Mana satu pilihan hati?

Cover image via Whojunt | UA Butik

1. Baju Melayu breastfeeding untuk jejaka tampan

Tak pasti pula kenapa perlu ada elemen selakan pada Baju Melayu ni. Nak kata lelaki kena breastfeed anak, tak pernah pula terjadi kat dalam dunia. Maklumlah, payudara lelaki kan tak ada susu. Mungkin dengan memakai Baju Melayu ini, si jejaka dapat menonjolkan sisi feminin mereka? Anda tentukan.

2. Baju Melayu libas muka orang

Baju Melayu berkilauan ini tampak segak pada mulanya, tetapi kehadiran kain ropol di tepi itu sekali gus menimbulkan tanda tanya ramai orang. Apa agaknya fungsi sebenar kain ropol itu ya?

Bak kata Nabila Huda di Twitter:

"Nak libas muka orang yang amik tempat korang dalam masjid masa sembahyang Raya is it? Ke plastic free day masa Hari Raya? Boleh tapau lemang ketupat rendang ikat tepi 1? Atau boleh sapu kuih-kuih yang bersepah bawah meja?"

3. Baju Melayu sebelah lain sebelah lain

Jika dipandang dari sudut keberanian, yang ni memang boleh dapat 1st prize! Bukan setakat design baju yang rare, penampilan seorang oppa turut memberi keceriaan dan kelainan kepada Baju Melayu ini. Siapa yang rasa nak jadi ala-ala Malay-Korean pada Hari Raya nanti, fesyen inilah paling sesuai untuk anda!

4. Tudung pocong terlepas daripada ikatan

Sepanjang bulan Ramadan diikat, tiba Syawal saja semua pun bebas, termasuklah pocong. Maka wujudlah fesyen tudung pocong untuk Hari Raya. Membawakan elemen seram, wajah si pemakai tudung ini akan secara automatik jadi cold dan tidak boleh senyum. Kalau pakai tudung putih dengan baju putih, memang ngam sangat macam pocong sebenar.

Amacam, OK ke tak OK?

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Koleksi Raya sebelum ni lagi meriah!

Dah prepare Kuih Raya ke belum? Masih ada masa lagi!

You may be interested in: