seismik

Fobia Suami Jatuh Lubang, Isteri Kesal Ada Motor Halang Laluan Pejalan Kaki Orang Buta

Kenapalah masih ada mentaliti macam ini.

Cover image via Nadiatul Farhana Mat Sihap (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai manusia yang dikurniakan akal dan tubuh badan sempurna, kita seharusnya mempunyai common sense sebelum membuat apa-apa tindakan

Seperti yang ramai tahu, laluan pejalan kaki untuk orang buta tidak sepatutnya menjadi tempat letak motosikal. Hal ini bertujuan agar orang kelainan upaya (OKU) yang melalui jalan tersebut tidak terlanggar apa-apa dan menyebabkan mereka terjatuh.

Namun begitu, sebuah posting di Facebook baru-baru ini telah mendapat perhatian warganet selepas seorang wanita berkongsi sikap segelintir penunggang motosikal yang meletakkan kenderaan mereka di laluan pejalan kaki orang buta.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Nadiatul Farhana Mat Sihap, kelihatan wanita itu meluahkan rasa kesalnya apabila mendapati beberapa biji motor diparkir di lalua pejalan kaki orang buta itu.

"Saya ni masih fobia suami jatuh lubang di laluan tactile hari tu. Perlukan kesedaran orang ramai sebab pihak rapid dah buat tugas mereka. Dah tampal notis utk mereka tidak park di laluan tactile. Kalau suami saya terlanggar motor mereka dan bergolek mcm dominoes, mereka salahkan suami saya tak?" katanya.

Ternyata, luahan hatinya itu telah mendapat perhatian ramai dan warganet turut mencadangkan solusi bagi menyedarkan segelintir individu yang tidak mempunyai common sense

Lihat posting itu di bawah:

Kan ada tempat parking motor, kenapa mesti letak dekat laluan pejalan kaki? Tak faham :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: