FullAMark, Platform Pembelajaran Secara 'Online' Tawar 1 Bulan Akses PERCUMA Buat Pelajar
Good news, parents! :)
Seperti sedia maklum, penutupan sekolah sehingga 14 April 2020 ini tidak dinafikan bahawa ia sedikit sebanyak memberi impak kepada ibu bapa dan anak-anak yang masih bersekolah
Lebih-lebih lagi buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam tahun ini. Pastinya mereka ingin melakukan ulang kaji serta latihan yang mencukupi bagi membantu serta melatih diri untuk menghabiskan lebih banyak topik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Namun, ibu bapa di luar sana tidak perlu bimbang lagi kerana terdapat satu portal e-pembelajaran interaktif secara dalam talian iaitu FullAMark kini memberikan akses secara PERCUMA untuk satu bulan!
Menerusi FullAMark ini, terdapat banyak nota berguna dan komprehensif yang boleh pelajar gunakan untuk mengulang kaji sendiri. Selain itu, ia juga menyediakan latihan mencukupi bagi membantu pelajar melatih diri selepas membuat ulang kaji sesuatu topik.
Bukan setakat itu sahaja, menurut salah satu pelajar yang pernah menggunakan FullAMark ini iaitu Ju Alysha Chong, 12, menjelaskan bahawa apa yang lebih menarik adalah dia boleh memeriksa tahap pencapaiannya dengan berinteraksi menerusi e-Cikgu dan rakan sebaya yang turut menggunakan platform berkenaan.
Mudah dan menarik, bukan?
Platform FullAMark ini turut menyediakan pelbagai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang boleh pelajar gunakan untuk membiasakan diri menjawab soalan berkaitan KBAT
Malah, soalan Sains serta Matematik turut disediakan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris.
Pengurus Besar Vertikal Pendidikan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Farah Ezrin Mohd Rashidi berkata FullAMark menawarkan siri latihan kepada pelajar yang bakal menduduki tiga tahap peperiksaan di Malaysia
Farah menjelaskan, "Portal ini menawarkan siri latihan dan nota baharu setiap minggu dengan memuat naik kandungan untuk murid Tahun Lima dan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada setiap Isnin dan kandungan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada Selasa, manakala pada Rabu, kandungan untuk pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Semua bahan dimuat naik ini disediakan oleh penulis sisipan pendidikan terbitan akhbar BH iaitu Didik, Minda dan Skor serta sisipan akhbar New Straits Times iaitu School Times,” katanya.
Beliau turut menambah, bahan kandungan dalam FullAMark disediakan oleh sekumpulan penulis khas bagi memastikan ia selari dengan modul, silibus dan format ditetapkan Kementerian Pendidikan.
“Latihan yang disediakan adalah berpandukan penilaian terkini yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan.
“Menerusi platform digital ini, pengguna boleh menjawab soalan peperiksaan terutama membabitkan soalan KBAT yang diuji dalam peperiksaan awam negara,” katanya.
FullAMark ini boleh dilanggan selama setahun dengan harga RM120. Tapi apa yang lebih menarik, platform ini menawarkan akses secara PERCUMA selama satu bulan bermula 25 Mac 2020!
Menarik bukan?
Anak-anak boleh belajar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ibu bapa juga boleh monitor waktu pembelajaran anak-anak dengan menggunakan portal e-pembelajaran interaktif, FullAMark ini.
Lebih mudah dan efektif.
Sebelum itu, di bawah merupakan cara untuk anda claim akses percuma selama sebulan di FullAMark ini: