seismik

Gadis Ini Bongkar Rahsia Individu Di Sebalik Maskot Mickey Di Dataran Pahlawan Melaka

Boleh dijadikan sebagai peringatan buat semua.

Cover image via Twitter @kaachuuuuuuuu

Sudah menjadi lumrah untuk setiap manusia yang mempunyai sifat rendah diri dan ingin bersedekah kepada mereka yang memerlukan

Gambar sekadar hiasan.

Image via My KMU Net

Sedekah serta membantu orang yang memerlukan adalah amalan mulia. Lebih-lebih lagi jika anda buat dengan ikhlas, ia akan menjanjikan ganjaran pahala buat mereka yang melakukannya. Bukan setakat itu sahaja, dengan sedekah juga, Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira dan melegakan perasaan serta mensejahterakan seluruh hidup kita.

Indahnya amalan bersedekah. :)

Bagaimanapun, zaman sekarang ini banyak juga orang meminta sedekah mempunyai niat yang sebaliknya. Benar, kita kasihan. Namun, mereka sebenarnya bukanlah susah yang disangka.

Malah, bukan setakat itu sahaja, ada juga yang cuba mengambil kesempatan kepada orang yang ingin membantu. Sebagai contoh, seorang gadis ini telah meluahkan perasaannya di laman Twitter mengenai satu insiden yang membuatkannya sukar untuk dilupakannya.

Menurut perkongsian yang ditulis oleh @kaachuuuuuuuu, dia menyuarakan supaya orang ramai terutama anak gadis yang berkunjung ke Dataran Pahlawan, Melaka untuk tidak mempercayai individu di sebalik maskot Mickey yang dipakai oleh lelaki ini. Dia menjelaskan bahawa maskot tersebut sebenarnya bukanlah kanak-kanak kecil yang masih muda, tetapi dipakai oleh seorang lelaki yang sudah berusia namun bersaiz kecil.

Ceritanya bermula apabila gadis ini dan rakannya duduk di little garden bersebelahan dengan McD...

Bila ditanya berapa umur, dia jawab sembilan tahun. Tapi yang peliknya, tangannya tak lepas dari pinggang rakannya itu.

Selepas itu, maskot Mickey tersebut ditahan oleh pihak MBMB...

Tambahnya lagi, tujuan dia menulis perkongsian ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa. Ia adalah untuk memastikan kaum wanita sentiasa berwaspada.

Malah, ada juga pengguna Twitter yang turut berkongsi wajah sebenar maskot Mickey itu. Sama ada betul atau tidak, setiap orang haruslah berhati-hati.

Memang benar, kes seperti ini jika diviralkan, ada sesetengah pihak yang bersetuju namun ada juga yang tidak bersetuju. Menurut mereka, ia akan menutup pintu rezeki patung Mickey ini. Walau bagaimanapun, sebagai seorang wanita, anda juga perlu mengambil kisah ini sebagai iktibar dan dijadikan pengajaran. Bukan tidak boleh untuk bergambar, cuma perlu tahu menjaga diri jika anda perasan perkara ini berlaku kepada anda.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sedihnya kisah patung maskot Doraemon ni :'(

You may be interested in: