seismik

Gadis Ini Kongsi Tips Satu Hari Di Singapura Menaiki KTM Dari Johor. 5 Minit Je Dah Sampai

Macam boleh cuba untuk trip ke Singapura yang akan datang. :)

Cover image via Twitter @Fieza1225

Bosannya kalau bercuti dekat-dekat naik kapal terbang!

Image via BuzzFeed

Mana tidaknya, perjalanan untuk ke lapangan terbang pun dah ambil masa yang lama. Belum lagi ambil kira bagasi untuk didaftar masuk, perlu mengesahkan dokumen perjalanan dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika anda dari Malaysia ingin terbang ke Singapura, anda masih perlu menjalani prosedur yang sama. Memang sebelah-sebelah tapi ia masih dikira sebagai penerbangan antarabangsa dan anda perlu berada di lapangan terbang 3 jam sebelum berlepas.

Jika inginkan sedikit kelainan ketika bercuti, anda boleh ikuti cara tiga sekawan ini yang telah berkunjung ke Singapura menaiki KTM dari JB Sentral

Nampak lebih mudah, cepat dan menjimatkan!

Image via Giphy

Gadis ini dikenai sebagai Fieza telah menulis perkongsian mengenai tips untuk ke Singapura menaiki KTM di laman Twitter miiknya. Rangkaian tweet tersebut telah berjaya meraih lebih 5 ribu RTs dan 8.4 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Baca penuh di bawah:

Tiket KTM yang dibeli hanyalah RM10 pergi balik untuk seorang. Kalau beli di Singapura, tiket lagi mahal iaitu 5SGD = RM15.

Sebelum itu, pasport ada akan digunakan sebagai Boarding Pass sebelum memasuki Singapura.

Untuk pengetahuan anda, jika masuk ketika hujung minggu, hanya Woodlands MRT yang akan dibuka untuk anda beli Singapore Tourist Pass (STP)

Lokasi pertama yang dikunjungi adalah Sentosa untuk pergi ke Universal Studios Singapore.

Wajib ada gambar! Lepas itu boleh pusing ke tempat lain pula.

Kalau pandai cari tempat menarik, seronok juga pusing-pusing di Singapura sebenarnya

Bab makan kena pandai pilih juga.

Tapi makanan di Singapura kebanyakannya sedap-sedap belaka.

Untuk pencuci mulut boleh singgah di Fluff Bakery. Mereka telah berpindah dari KL ke Singapura. Boleh cuba!

Banyak tempat menarik, kena rajin jalan je

Ini merupakan beberapa tips yang boleh anda simpan dan guna untuk trip ke Singapura akan datang:

Bila korang nak refund Kad STP tu, pastikan ada duit yang cukup untuk balik semula ke Woodland Train Checkpoint/ CIQ. Ada bas cas SGD 1.70, ada SGD 1.90. Dari Woodlands, cari Bas 911 kalau tak silap. Yang memang turun dekat Woodlands CIQ. Bas 911 ni ada 2 jenis. Sorry sebab tak ambil gambar. Penat sangat dah. Tak ingat apa. Tapi boleh tanya Pemandu Bas.

Tak ada baki ya. Sebab tu kena pastikan ada duit yang secukupnya. Kitorg masukkan SGD 6 tapi trip utk 3 hanya SGD 5.10.
Turun Bas, beratur dekat pintu masuk KTM. Time ni buka tiket KTM korg yang ada QR code tu. Nanti diorg scan masa nak masuk. Pastikan ada kat sana 30 minit sebelum waktu berlepas.

Bila dah masuk immigresen, SG dengan MY buat dekat tempat yang sama.
Immigresen utk SG dan MY dibuat sebelum naik train. Maksudnya, bila dah sampai JB Sentral, korg dah tak ada buat checkout/stamp keluar. Settle. Boleh balik terus. So, habislah Day Trip kami. Dari 8 pagi sampai 8 malam.

Bila dah keluar, boleh la terus tukar duit SGD ke MY. Dekat JB CIQ berhampiran KTM tu ada satu Money Changer. Diorg terima Duit kertas sampailah duit syiling SGD 1. yang sen-sen dia tak terima. Sebelum aku tamatkan, 1 lagi tips. Sebelum masuk SG, better korg standby duit pecah/ small changes. Untuk naik bas ke MRT.

Macam aku cakap di atas, diorang tak akan bagi baki. Kalau ada SGD 10, nasib korang la. hahaha. Boleh tanya sesiapa yang ada duit pecah.

Lihat video penuh di bawah untuk trip satu hari di Singapura ini:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ayuuhhhhh!

You may be interested in: