Gadis Ini Kongsi Tips Trip Bajet Dari JB Larkin Ke Singapura Hanya Dengan RM200 Seorang
NOTA: Tips bajet yang disediakan ini adalah untuk 3 orang. RM200 seorang dan tips ini juga tidak termasuk dengan kos makan di Singapura.
Dah lamanya tak bercuti ke luar Malaysia! Hmmm.
Asyik bercuti dalam Malaysia je, bosanlah. Habis semua tempat dah diterokai sampai tak tahu nak pergi mana dah. Tapi kalau dapat pergi Singapura pun syok juga. Memanglah tak jauh mana tapi sekurang-kurangnya, 'keluar' lah sikit dari Malaysia. Hehe.
Jika anda mempunyai perancangan untuk ke Singapura, boleh guna tips trip bajet ini yang disediakan oleh seorang pengguna Facebook Hanany Rossdy. Memang murah habislah!
Mana tidaknya, mata wang di Singapura adalah lebih tinggi daripada Malaysia. Sebab itulah anda perlu mempunyai perancangan dan itinerari yang lengkap untuk ke sana bagi mengelakkan kejadian tak cukup duit.
Kan dah susah!
Baca tips trip bajet dari JB Larkin ke Singapura di bawah:
Trip bajet dari Larkin, Johor Bahru ke Singapura hanya dengan menggunakan RM200 seorang selama 3 hari. Cun!
Hari pertama:
Naik bas Air-Con Express rm3.30 dr JB larkin ke singapore. 1 jam kmdian baru sampai woodlands, lepas imigresen . Dari mrt woodlands ke mrt Kranji sbb nak buat kad singapore tourist pass. (Kranji ni main office: buka sllu awal dan tutup lewat) Sbb kami sampai awal pagi, jadi kami buat kad dkt Mrt Kranji.
Beli kad ni sebab nak jimat! Boleh kemana2 sahaja dgn Bas& MRT. (Ramai yg tak tahu singapore ada singapore tourist pass card ni. So kami ambil untuk 3hari!
- 10 SGD for 1 days (rm30)
- 16 SGD for 2 days (rm48)
- 20 SGD for 3 days (rm60)
Lepas siap beli kad, naik mrt ke Yishun sbb hostel kami dkt sana (Funworknet). Berehat kejap, then terus pergi ke Marina bay bayfront, marina bridge, Helix drawbridge , singapore bayfront avenue, singapore marina bay sands mall. Sbb kami malas nk jalan, kami naik bas ke Garden By The Bay (singapore tourist pass card kan ada, so naik bas FREE lah). Sana ada pertunjukan lampu2 pada pukul 8-10mlam. Fush berlari kami sbb takut terlepas show tu, mmg seronok habis!
Hari kedua paling seronok, pusing sana-sini dalam Singapura. Harbour Front, USS, Merlion Statue dan sebagainya. Best kot!
Hari kedua:
Naik Mrt ke chinese garden untuk tangkap gambar lepastu naik mrt ke Harbour Front pulak. Dari mrt Harbour Front pergi ke laluan bus utk ke USS. Kena bayar 1 SGD/rm3 (pergi) balik takyah bayar dah. Sampai je sana, terus tangkap gambar dkt USS then cuci mata dekat kedai souvenirs. Terdapat banyak coklat!
Ada Merlion Statue tangkap gambar jgk dkt situ! Siap tu, terus berjalan ke Pantai Sentosa (20min je). Penat2 makan tangkap gambar semua, naik bas yang sama dkt line RSW8 ke Harbour Front balik. Dan naik mrt balik ke hostel.
Ini merupakan antara tempat yang wajib anda kunjungi ketika berada di Singapura. Pergi jangan tak pergi!
Hari ketiga:
Naik mrt ke bugis street (byk cenderamata) & Little India, ya Ampun cantiknya design dan warna dkt building dia tu. Lepastu naik mrt balik ke Woodland dan ambil bas dari woodland ke JB larkin terus. (1.50 SGD/rm3)
Place visit
- Marina bay sand
- Marina bay bayfront
- Helix drawbridge
- Garden by the bay
- Merlion statue
- Bugis street ( souvenirs)
- Little Indian
- Chinese garden
- Sentosa Island ( USS)
Place to stay: Funworknet
Jumlah ringgit Malaysia yang digunakan untuk 3 hari di Singapura hanyalah bawah RM200 tidak termasuk makan. Murah sangat ni!
Jumlah keseluruhan tanpa kos makan di Singapura:
- Hostel 3 days: 40 SGD / rm120
- Singapore Tourist Pass(valid 3days): 20 SGD/ Rm60
- Bas Harbour Front - Uss: 1 SGD/ rm3
- Bas Jb larkin- Woodland:1.5 SGD/rm4.5
- Bas Woodland- Jb larkin: 1.5 SGD/rm4.5
#Total semua sekali: 3.3 +120 +60+3+4.5+4.5= rm195.30
*Price exclude food*
Macam-macam tempat best di Singapura ini sebenarnya. Kenalah explore sikit!
Tonton klip penuh sepanjang trip ini di bawah: