Datuk 75 Tahun Jadi ‘Beauty Influencer’ Demi Biayai Kos Rawatan Cucu Cecah RM838K

Menurut Yunchang, beliau sanggup melakukan apa sahaja demi anak tunggalnya yang mengalami tekanan emosi selepas mengetahui keadaan cucunya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via South China Morning Post

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang warga emas berusia 75 tahun dari Jiangsu, China, sanggup menjadi hos siaran langsung mencuba pelbagai warna gincu demi membiayai kos rawatan cucunya, Cao Jingyan, yang menghidap Spinal Muscular Atrophy (SMA) sejak berusia enam bulan

SAYS.com
Image via Douyin

Menurut South China Morning Post, penyakit genetik yang jarang berlaku itu menyebabkan otot pesakit semakin lemah. Ketika didiagnosis, doktor menjangkakan Cao hanya mampu hidup sehingga usia 18 bulan.

Bagi menampung kos rawatan yang mencecah 1.4 juta yuan (kira-kira RM837,450) setahun, Zhu Yunchang cuba mencari pekerjaan selepas bersara. Namun, usianya menyebabkan beliau sukar diterima majikan.

Tidak berputus asa, Yunchang memilih untuk menjana pendapatan melalui siaran langsung setiap malam menggunakan telefon pintarnya. Dengan bantuan alat solek yang dibelikan anak perempuannya, Zhu Wei, beliau mencuba pelbagai warna gincu sehingga lewat malam bagi menarik penonton dan mengumpul dana.

Beliau turut mempelajari teknik urutan terapeutik untuk membantu rawatan Cao di rumah setiap hari

SAYS.com
Image via QQ.com

Menurut Yunchang, beliau sanggup melakukan apa sahaja demi anak tunggalnya yang mengalami tekanan emosi selepas mengetahui keadaan anaknya.

"Dia satu-satunya anak perempuan saya. Jika sesuatu berlaku kepadanya, seluruh keluarga kami akan runtuh," katanya.

Pada 2019, keluarga itu terpaksa menjual rumah mereka bagi membiayai ubat SMA yang ketika itu berharga 700,000 yuan (sekitar RM419,000) bagi setiap suntikan dan memerlukan dua suntikan setahun. Keadaan mula berubah apabila perlindungan insurans membantu menanggung kos rawatan pada 2021.

Kini, setiap suntikan berharga sekitar 33,000 yuan (RM19,800) dan Cao yang kini berusia sembilan tahun dapat menjalani kehidupan lebih normal. Dia sudah kembali bersekolah, bermain bersama rakan-rakan dan bercita-cita melanjutkan pelajaran ke universiti.

Anak perempuan Yunchang turut menyifatkan bapanya sebagai seorang insan luar biasa.

"Ayah saya seperti mempunyai enjin yang tidak pernah berhenti. Dia ialah seorang superman, ayah terbaik dan juga datuk terbaik," katanya.

Kisah pengorbanan Yunchang menyentuh hati ramai netizen yang memuji kasih sayangnya terhadap anak dan cucu, malah menyifatkannya sebagai lambang pengorbanan seorang bapa dan datuk yang sanggup melakukan apa sahaja demi keluarga.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: