“Saya Tak Mahu Disuruh Diam” – Ucapan Amy Lee Kembali Relevan Ketika Dunia Muzik Bergolak
Isu Macklemore hidupkan semula kata-kata Amy Lee tentang artis yang enggan berdiam diri.
Cover image via Chapman Baehler via The GuardianFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
"Bila muzik bukan lagi sekadar muzik"
Isu Macklemore telah membuka satu perbualan besar dalam industri muzik dunia, tentang sejauh mana seorang artis perlu bersuara apabila berdepan isu kemanusiaan, walaupun mungkin ada harga yang perlu dibayar.
Selepas Macklemore disingkirkan daripada baki jelajah Ed Sheeran berikutan kenyataan pro-Palestinnya, Finneas, Lukas Graham, Aaron Rowe dan Beoga turut menarik diri daripada jelajah berkenaan, masing-masing memberikan alasan berkaitan kebebasan bersuara, kemanusiaan atau solidariti terhadap Macklemore.
Tetapi perbualan mengenai artis dan keberanian untuk bersuara sebenarnya tidak bermula minggu ini sahaja.
Sebulan sebelum kontroversi Macklemore tercetus, Amy Lee dari Evanescence telah bercakap secara terbuka mengenai perkara yang hampir sama dari sudut lebih luas.

Dalam suasana industri muzik dunia yang kini sedang membincangkan persoalan sama, perlukah artis berdiam diri?
Dalam temu bual bersama The Guardian pada Ogos lalu, Amy bercakap mengenai muzik, kemanusiaan dan keengganannya untuk terus berasa perlu berdiam diri apabila berdepan isu besar dunia. Album terbaru Evanescence, Sanctuary, juga menyentuh tema penyembuhan, ketidakadilan sosial dan keberanian berdepan realiti yang sukar.
Amy Lee tidak menyebut Macklemore atau Palestin secara khusus dalam temu bual itu. Namun dalam suasana industri muzik hari ini, kata-katanya terasa lebih relevan. Kerana kadang-kadang muzik bukan sekadar muzik. Ia juga tentang suara, kemanusiaan dan keberanian untuk tidak terus diam.

Jadi November ini, suara itu akan berada di Kuala Lumpur. Evanescence akan membuat persembahan di National Hockey Stadium, Bukit Jalil pada 28 November 2026 bersama special guest Poppy, satu-satunya persembahan mereka di Asia Tenggara.
Untuk mereka yang membesar dengan Bring Me To Life, Going Under dan My Immortal, ini mungkin tentang nostalgia. Untuk generasi hari ini, mungkin ia juga tentang melihat seorang artis yang masih percaya muzik mempunyai makna lebih besar daripada sebuah pentas.
Ia adalah peluang menyaksikan sendiri salah satu suara rock paling berpengaruh dunia pada saat suara artis sedang menjadi sebahagian daripada perbualan global.
- Evanescence Live in Kuala Lumpur (Only Southeast Asia Show)
- 28 November 2026
- National Hockey Stadium, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
- Special Guest: Poppy
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


