Skate Era Kembali Dengan Evolusi Terbaharu WaffleCup Sempena 50 Tahun Vans Skateboarding

Skate Era WaffleCup tawar cengkaman SickStick dan ketahanan DuraCap.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik

Vans Skateboarding secara rasmi menandakan jubli emasnya dengan menghidupkan semula lagenda Skate Era iaitu kasut papan selaju pertama dunia yang diperkenalkan pada tahun 1976

Menambah lagi keterujaan, Vans turut melancarkan evolusi terbaharunya, Skate Era WaffleCup, yang direka khusus untuk memenuhi tuntutan teknikal pemain papan selaju moden.

Kempen musim bunga 2026 ini membawa semula bintang lagenda Tony Alva, iaitu individu yang bertanggungjawab membantu penciptaan asal siluet ikonik ini, bagi menghubungkan semula warisan Vans dengan generasi masa kini.

SAYS.com
Image via Vans

Teknologi WaffleCup sokongan maksimum dan 'feel' klasik

Skate Era WaffleCup merupakan inovasi paling maju dalam sejarah francais Era. Ia menggabungkan sokongan tahap cupsole dengan fleksibiliti dan boardfeel kasut vulcanized. Antara ciri teknikal utama yang diperkenalkan termasuk:

  • WaffleCup Outsole: Memberikan keseimbangan antara perlindungan impak dan cengkaman.
  • DuraCap Reinforcement: Lapisan pengukuhan untuk ketahanan maksimum terhadap haus dan lusuh harian.
  • SickStick Gum Rubber: Getah khas yang menawarkan tahap cengkaman (grip) paling tinggi dalam kelasnya.
  • PopCush Impact Cushioning: Sistem kusyen yang melindungi kaki daripada hentakan kuat tanpa mengorbankan keselesaan.

SAYS.com
Image via Akmal Redzwan

Kempen global ini memaparkan naratif simbolik bertemakan sains fiksyen (sci-fi), di mana tongkat estafet kepimpinan papan selaju diserahkan daripada Tony Alva kepada barisan peluncur muda berbakat seperti Shiloh Catori, Diego Todd, Daiki Hoshino dan ramai lagi.

Langkah ini mencerminkan komitmen Vans untuk terus menghormati sejarah masa lalu sambil memacu inovasi masa hadapan dalam budaya papan selaju jalanan.

Anda kini boleh mendapatkan koleksi Skate Era dan Skate Era WaffleCup di pasaran global melalui butik Vans dan laman web rasmi Vans.com.

SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik & Vans

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik