TIMEPHORIA Malaysia Umum Mimi Lana Sebagai Wajah Baharu, Lancar FIXION Skin Tint Stick

Rangkaian FIXION All Day Perfection Skin Tint Stick kini tersedia untuk pasaran tempatan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TIMEPHORIA Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama kecantikan tempatan, TIMEPHORIA Malaysia, secara rasminya mengumumkan pelakon dan peragawati popular, Mimi Lana (@missmimilana), sebagai wajah baharu bagi produk asas solekan terbaharu mereka, FIXION All Day Perfection Skin Tint Stick

Pelantikan Mimi Lana seiring dengan pelancaran Skin Tint Stick terbaharu ini yang direka khas sebagai keperluan solekan harian (everyday base essential) bagi menterjemahkan kemasan kulit wajah yang kelihatan semula jadi dan segar.

Membawa mesej utama "Your base, your way", FIXION All Day Perfection Skin Tint Stick dibangunkan untuk mempermudah rutin solekan harian menerusi liputan (coverage) yang mudah dilaraskan mengikut cita rasa pengguna sama ada untuk kemasan nipis semula jadi mahupun liputan yang lebih menyeluruh.

SAYS.com
Image via TIMEPHORIA Malaysia

Keistimewaan FIXION All Day Perfection Skin Tint Stick

  • Formula Ringan: Memberikan kemasan akhir yang naturally berasaskan rupa paras kulit asal (skin-like finish).
  • Liputan Boleh Dilaras (Buildable Coverage): Membolehkan pengguna mengawal tahap liputan untuk mendapatkan tona wajah yang rata dan sempurna (flawless-looking base).
  • Variasi Tona: Didatangkan dalam 6 pilihan rona (shades) yang disesuaikan khas untuk pelbagai tona kulit tempatan.
  • Rekaan Praktikal: Berbentuk stick yang mudah dibawa dan digunakan untuk kemasan solekan pantas sepanjang hari.

‎

SAYS.com
Image via TIMEPHORIA Malaysia

Rangkaian FIXION All Day Perfection Skin Tint Stick kini tersedia untuk pasaran tempatan sebagai penyelesaian asas solekan serba guna harian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik