Wiper Kereta Jadi Konten Hiburan, Netizen Kongsi Ragam Anomali Wiper Masing-Masing
Ada wiper cuba buat cucian "wireless".
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa sangka wiper kereeta boleh menjadi hiburan buat warganet di Malaysia
Semuanya bermula apabila seorang pengguna Threads dengan nama @batrsyablqz_ berkongsi satu video dimana pengelap cermin kereta (wiper) miliknya tersangkut dengan bahagian kiri wiper.
"Kenapa wiper ni clingy sangat," katanya di Threads.
Perkongsian ini telah mencuit hati warganet Malaysia yang turut berkongsi ragam kejadian mereka dengan wiper kereta.
Pengalaman ini bukan hanya terjadi kepada seorang tetapi ramai yang berkongsi kejadian wiper mereka yang tiba-tiba membuat hal.
Setakat ini, ciapan Threads itu telah mencapai 58,000 likes, 3,000 komen, 6,600 repost dan lebih 18,800 perkongsian.

Ramai hadir berkongsi kejadian anomali wiper mereka
Satu demi satu netizen hadir berkongsi kejadian wiper kereta mereka membuat hal atau terus rosak. Ada juga yang berkongsi video melihat kereta bersebelahan mereka yang mempunyai wiper yang rosak.
Ini perkongsian orang ramai mengenai 'tragedi' wiper membuat hal:
Seorang pengguna bernama @sarahshafieqah berkongsi wiper kereta miliknya yang keluar terus ke kanan sehingga terkena cermin sisi kanan.

Seorang lagi pengguna berkongsi video wiper kereta miliknya hanya bergerak sebelah kiri sahaja.
"Satu dah letih." katanya.

Pengguna @_rafi_az_ berkongsi satu video menunjukkan sebuah kereta yang tidak menurunkan wiper kereta miliknya tetapi masih membuka wiper itu.
Ada komen yang mengatakan wiper kereta ini adalah wireless.

Seorang wanita dengan nama @fatin.ezzatee berkongsi pengalamannya memandu di dalam hujan tetapi wiper keretanya terus melentur lembut malah langsung tidak membantu mengelap air ke tepi.

Terlalu banyak kejadian ini dikongsikan oleh netizen di dalam komen. Ada yang rosak, tercabut, ada yang bunyi geseran terlalu kuat.
Ramai mengatakan mereka ketawa dan gelak terbahak-bahak kerana perkongsian ini di Threads.
Pesanan buat orang ramai mengenai keselamatan menjaga keadaan wiper
Dalam gelak-tawa berhibur, keselamatan ketika memandu adalah sangat penting.
Setiap wiper kereta mempunyai jangka hayatnya dan tidak akan tahan lama. Ada yang perlu ditukar setiap 6 hingga 12 bulan sekali terutamanya akibat penggunaan yang kerap.
Wiper diperbuat daripada getah silikon, cuaca Malaysia yang tidak menentu dari panas terik sehingga hujan lebat boleh menyebabkan getah itu mereput, cair akibat cuaca panas dan tidak berfungsi dengan baik. Jika boleh, elakkan wiper anda terdedah kepada cuaca panas terlalu lama.

Anda disarankan untuk membersihkan kotoran dan habuk di bahagian getah wiper, periksa tanda kerosakan jika ada, angkat wiper ketika cuaca panas untuk mengelakkan ia cair dan melekat.
Pandu lebih selamat dan pastikan wiper anda berfungsi dengan baik sebelum meneruskan perjalanan terutamanya perjalanan jarak jauh.
Jadikan ia rutin, kerana wiper selalu menjadi bahagian kereta yang sering diabaikan orang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via