seismik

Geng Pagi Hot FM Kini Makin ‘Panas’ Dengan Ganjaran Tunai Sehingga RM20,000!

Kempen menarik ini dianjurkan buat setiap pendengar radio Hot FM menerusi Hot FM Duit Dari Kayangan. Menarik!

Cover image via Hot FM

Hot FM, Muzik Paling Hangat!

Tagline paling sering didengari oleh kita semua. Pergi kerja, balik kerja, balik kampung, pergi dating - mesti akan dengar.

Image via Hot FM

Siaran radio paling best. Setuju?

Untuk pendengar tegar Hot FM, pasti tahu segmen 'Geng Pagi Hot' bukan?

Image via Hot FM

Trio pagi di Hot FM, Geng Pagi Hot (GPH) yang diterajui Shuk, Shuib dan Fizie berazam untuk menampilkan pengisian yang lebih hangat kepada pendengar setia stesen radio tersebut.

Dengan menumpukan elemen muzik, hiburan dan pengisian gaya hidup terkini, pihak pengurusan Hot FM telah mengatur strategi terbaik untuk memastikan pengisian Geng Pagi Hot menepati citarasa para pendengar. Bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi, para pendengar bakal disajikan dengan pelbagai segmen menarik dan bermanfaat.

Sketchah GPH, sketsa pendek menampilkan topik-topik kehidupan seharian yang disampaikan secara ringan tetapi masih menyelitkan elemen gurauan yang positif buat pendengar.

Penampilan Fatimah Abu Bakar atau lebih mesra dipanggil Teacher Fati mewarnai segmen English Hot, di mana setiap hari trio GPH akan mempelajari cara untuk bertutur dalam bahasa inggeris dengan betul bersama Teacher Fati.

Selain itu, dua karakter istimewa di GPH - Kak Ello dan Sapie juga akan disajikan setiap hari menerusi segmen tersendiri

Kak Ello yang merupakan 'favourite girl' GPH akan berkongsi gosip terkini dunia hiburan dengan gaya lucu. Manakala Sapie pula merupakan karakter yang berasal dari utara tanah air akan memberikan tips dan petua harian berguna kepada para pendengar.

Tambahan pula, bulan ini para pendengar akan berpeluang untuk mengenali Shuk, Shuib dan Fizie dengan lebih mendalam dengan mengikuti pengisian istimewa GPH di mana mereka bertiga akan diberikan masa 5 hari untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali
berkata keserasian Shuk, Shuib dan Fizie menjadi kekuatan segmen Geng Pagi Hot. “Sudah hampir 2 tahun kami mengekalkan trio GPH ini dan bagi merancakkan lagi pengisian GPH, mereka bakal diberi cabaran 5 Hari Mengenalimu sempena ulang tahun Shuib pada 12 September.  

"Aktiviti ini bertujuan untuk menguji erti persahabatan dan chemistry antara mereka dengan harapan agar boleh dijadikan contoh baik kepada pendengar,” katanya.

Selain itu, sempena Hari Malaysia pada 16 September, GPH berkolaborasi dengan pelajar-pelajar muzik dari Victoria Institution bagi memberi nafas baru buat lagu patriotik Setia dalam usaha memupuk semangat patriotik di kalangan pendengar."
Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali
Image via Hot FM

Hot FM Duit Dari Kayangan!

Ganjaran wang tunai yang ditawarkan bukan sedikit, tapi mencecah RM20,000! Untungnya siapa dapat.

Image via Hot FM

Hot FM bakal menampilkan kempen menarik buat pendengar dengan menawarkan wang tunai berjumlah sehingga RM20,000 menerusi Hot FM Duit Dari Kayangan.

Antara langkah untuk sertai Hot FM Duit Dari Kayangan mudah sahaja iaitu:

  1. Dengar Hot FM sepanjang hari dan nantikan nyanyian atau sajak dan sebagainya yang akan disuarakan oleh Kiki Kayangan
  2. Pendengar perlu tunggu isyarat memanggil dan telefon Hot FM di 03-77108822 untuk teka tajuk lagu dan penyanyi dengan betul berdasarkan snipet audio yang disuarakan oleh Kiki Kayangan
Oh ya, pendengar juga boleh siap siaga dengan mendengarkan Hot FM mulai 7 September hingga 2 Oktober 2020 untuk peluang menyertai Hot FM Duit Dari Kayangan setiap Isnin hingga Jumaat di Geng Pagi Hot, Shuk, Shuib & Fizie (6 pagi - 10 pagi), Jam Hot, Deen & Haziq (4 petang - 8 malam) dan Mega Hot, Zetty (8 malam - 12 tengah malam).

Jangan lupa untuk terus dengarkan Geng Pagi Hot untuk peluang menangi sebahagian daripada wang tunai yang ditawarkan!

Image via Tenor

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.com.my dan YouTube Hot TV.

Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 dan Twitter @hotfm976 dan Whatsapp 017-302 8822.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga antara update terkini hanya di SAYS Seismik: