TV3 Anjur Bazar Ramadan Raya Terbesar, Satu Acara Bakal Masuk Malaysia Book Of Records!
Memang meriah!
Bagi musim perayaan Ramadan dan Raya, Media Prima dengan kolaborasi Build Up Resources Sdn Bhd (BUR) bekerjasama untuk menganjurkan Grand Bazar Ramadan Raya (GBRR) terbesar di Malaysia
GBRR ini akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 16 Mei hingga 4 Jun yang akan beroperasi dari pukul 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam pada hari bekerja dan 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam pada hujung minggu dan cuti umum.
Grand Bazar ini akan dimeriahkan dengan 436 unit booth. Banyak tu!
Bakal catat Malaysia Book of Records untuk lemang terpanjang!
Menariknya, GBRR ini juga mensasarkan catatan lemang terpanjang dalam The Malaysia Book Of Records. Hasil jualan lemang tersebut akan disalurkan kepada Tabung Bersamamu TV3.
Tarikan lain termasuklah program amal seperti ‘Acara Solat Berjemaah dengan Tahfiz’ dan ‘Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim’ dan juga sesi ramah mesra bersama barisan selebriti.
Nak buka booth dan meniaga di GBRR? Kini anda boleh!
Untuk makluman anda, kesemua jenama dan vendor dialu-alukan untuk menjual barangan produk anda di GBRR 2019 seperti pakaian, aksesori peribadi, produk kesihatan dan kecantikan, barangan elektrik, perabot, hiasan dalaman rumah, aksesori telefon, kuih raya dan pelbagai minuman serta makanan.
Mereka yang berminat boleh menghubungi MPTN di talian 03-77266333 atau melayari laman web di www.mediaprima.com.my.