seismik

Guna Intercom, Artis Buat Mini Konsert Dalam Kapal Terbang Ini Bikin Penumpang Teruja

Bestnya, semua artis level international.

Cover image via @vctrwong (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Berjumpa dengan artis sudah menjadi satu impian terutamanya buat peminat tegar

Tambahan lagi kalau berjumpa secara tidak sengaja, pasti rasa teruja dan seronok itu membuak-buak.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Instagram yang memaparkan beberapa orang artis antarabangsa membuat mini konsert di dalam kapal terbang telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Penyanyi di situ berikan persembahan free termasuk Dato' Siti Nurhaliza

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang individu sedang merakam situasi di dalam sebuah kapal terbang.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ramai penyanyi yang ada di dalam kapal terbang itu. Antaranya termasuklah Dato' Sri Siti Nurhaliza, David Foster, Micheal Bolton, Peabo Bryson, Katharine McPhee dan Loren Alfred. Mereka siap menyanyikan lagu hits menggunakan intercom kapal terbang.

Difahamkan, mereka semua hadir dalam sebuah konsert David Foster and Friends live di Sungei Wang, KL. Mereka kemudian akan berangkat ke Singapura untuk konsert seterusnya.

"Pergh ni paling first class weh" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 334.2K views, 1K reposts dan 3K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Untung siapa yang dapat tengok tu!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: