seismik

[VIDEO] Penampakan Buaian Berayun Sendiri Di Taman Permainan Ini Buat Netizen Seram Sejuk!

Lagi seram bila baca komen-komen orang tentang video ini.

Cover image via Twitter @hajarHIM

Siapa yang tidak terkejut apabila melihat buaian bergerak sendiri?

Beberapa hari yang lepas, tular video penampakan satu buaian dilihat bergerak dengan sendirinya di sebuah taman permainan

Video tersebut dipercayai diambil ketika perakam sedang berjogging di kawasan perumahannya.

Ekoran tularnya video ini di laman Twitter, ramai netizen yang tampil memberikan penjelasan dan membuat andaian masing-masing.

Ada yang menyatakan bahawa video tersebut merupakan satu prank atau gurauan di mana terdapat tali yang diikat pada buaian itu kemudian ditarik oleh beberapa individu, sengaja dibuat bagi menakutkan orang ramai.

Namun, jika dilihat dengan lebih teliti memang tidak ada kelibat manusia lain yang berada di taman permainan itu untuk membuatkan buaian itu berayun.

Ada juga yang menyatakan bahawa buaian tersebut bergerak disebabkan oleh pergerakan angin lebih-lebih lagi kerana cuaca pada waktu itu sudah mendung. Walau bagaimanapun, buaian yang berayun sendiri itu hanya satu buaian sahaja, manakala yang sebelahnya langsung tidak terusik.

Yang menyeramkan apabila terdapat beberapa netizen yang mendakwa bahawa diri mereka boleh melihat makhluk ghaib dan entiti yang menggerakkan buaian tersebut sebenarnya terdiri daripada seorang kanak-kanak. Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu dikatakan tidak berseorangan ketika video ini dirakam.

Berikut adalah antara response para netizen yang boleh menegakkan bulu roma:

Lebih menyeramkan lagi, kanak-kanak itu juga dikatakan marah dan tidak selesa apabila menyedari dirinya dirakam.

Bukan itu sahaja, ada netizen yang mendakwa dia melihat entiti lain yang berada bersama kedua-dua kanak-kanak itu

Ada juga yang hanya mampu melihat video tersebut separuh jalan sahaja kerana terlalu takut

Apa komen anda tentang video ini?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi cerita seram di SAYS Seismik:

You may be interested in: