seismik

Gadis Dirasuk Iblis Laknatullah. Kisah Seram Mirip Filem 'Exorcism of Emily Rose'

Terdapat pengajaran pada akhir kisah seram ini.

Cover image via Outnow

Bagi penggemar filem seram Hollywood, filem The Exorcism of Emily Rose adalah sesuatu yang tidak asing serta merupakan sebuah filem yang menarik perhatian dunia berkenaan upacara menghalau hantu atau exorcism

Filem The Exorcism of Emily Rose yang ditayangkan pada tahun 2005 itu adalah sebuah filem yang diinspirasikan daripada kisah sebenar mengenai seorang gadis bernama Anneliese Michel yang berasal dari Leiblfing, Jerman.

Anneliese dilahirkan pada tahun 1952 dan mula mengalami gangguan paranormal ketika berusia 17 tahun.

Filem ini juga meninggalkan pelbagai persoalan kepada penonton sama ada kejadian dirasuk makhluk halus itu adalah real atau pun suatu fenomena yang boleh dijelaskan melalui kaedah saintifik.

Insiden gangguan paranormal yang seakan-akan mirip filem tersebut telah berlaku kepada seorang gadis yang diberi nama A telah dikongsikan dalam laman sosial media Twitter oleh pengguna @hsndlynsdk

Baca perkongsian penuh di bawah:

Aku kenal A since kecil-kecil lagi. So, I know everything about her. Dia asalnya taknak share story dia ini sebab trauma. But, dia ada mesej penting from her story. So, sekarang ini baru dia rasa terbuka hati untuk share.

A ini someone yang lain daripada org lain. Sensitif kat benda-benda sekeliling. Sejak kecil dia boleh nampak makhluk halus. Dia tak syak apa-apa. Sebab dah terbiasa. Dia cakap dengan aku, kadang-kadang dia tak boleh beza hantu dengan manusia. Sebab, rupa diaorang lebih kurang sama je. Wallahualam. Haha.

Long story short, bila dia dah habis SPM and masuk universiti, dia ini tak ramai kawan. Orang kenal dia, tapi dia jarang lepak dengan orang. Dia suka menyendiri. Dia boleh jalan seorang-seorang keliling universiti dia pukul 1 - 2 pagi, and nothing happened to her.

Dia kata, bila jalan malam-malam seorang-seorang kat universiti dia itu, dia tak seorang-seorang. Ada je 'kawan' lain teman. Kalau ada makhluk lain nak ganggu dia, 'kawan' dia itu akan protect dia. So, dia selamat daripada gangguan benda dan manusia.

Little that she knows, that 'kawan' has another agenda. Ye, benda itu saka. And that saka wants her. Saka tu sentiasa buat orang tak nak dekat dengan A. Saka itu memangg sengaja buat A ini suka seorang-seorang. She thinks it's normal. But dia punya tahap loner itu lain macam.

A tak nak balik rumah sepanjang dia dah masuk universiti. Lepas SPM itu, berapa kali je dia balik itu pun terpaksa. Sebab dia dah suka sangat berjauhan daripada family and selesa seorang-seorang. Dia cakap, rimas balik rumah annoyed dengan family dia. Asyik nak gaduh je nanti.

Benda ini berlanjutan sampai dia 1st year degree. Lepas habis 1 sem degree, sebab cuti panjang, dia kena balik la. Then, bila balik dia asyik nak mengamuk sebab tanpa pengetahuan dia, mak dia dah berbulan pasang ruqyah setiap hari. So bila dia balik, dia panas and rasa baran memanjang.

Since rumah dia itu dah dipagar dengan Ruqyah, benda dalm badan dia rimas. Dia susah tidur, setiap kali nak tidur mak dia pasangkan Ruqyah and dia rasa panas satu badan. Esoknya marah-marah. Then mak dia pun decide nak bawa dia pergi berubat kat pusat prubatan Islam apa entah aku lupa.

Dia cakap hari nak pergi pusat rawatan itu, dia punya baran lain macam. Tak jumpa serkup tudung dia boleh hentak-hentak campak semua barang dalam bilik dia. Mak dia time itu dah suspect la anak dia ini ada benda kacau. Tapi, A tak sedar. Ye la, benda itu dah lama kot dalam badan dia. Sejak kecik.

Then, tiba kat pusat rawatan, ada 2 bahagian. First, dia disuruh buat ujian psikologi. Ujian itu menunjukkn dia normal. Pastu ada satu lagi form kena isi. Form itu ada list tanda-tanda ada gangguan. Tapi orang itu tak bagitahu. Just suruh A tanda je. Lepas itu, orang itu kata A ini dah teruk gangguannya.

Sebab A punya result, dia tanda banyak gila. About 90% dalam banyak-banyak tanda-tanda gangguan itu. Then, orang itu suruh pergi bilik sebelah. Bilik sebelah itu ada lah ustaz yang dah bersedia nak merawat A. A cakap masa dia masuk bilik itu dia rasa bengang memanjang. Tapi sebab mak suruh dia turutkan.

Then, ustaz pun mula lah membaca ayat-ayat Quran. Biasa orang kalau kena gangguan ini menangis. Tapi, A ini tidak menangis. Kau tahu dia buat apa? Dia mengaum macam singa. Kira macam menjerit marah yang datang dari lubuk hati lah cerita dia.

Image via Thread Read App

Scene dia lebih kurang macam ini tapi dia takde lah mencakar dinding sebab awal-awal mak dia dah peluk. But, after a few fights, dia mengerekot sebiji macam Emily Rose dalam scene aku share kan ini. Tak tipu sebab aku ada gak time itu.

Lepas first fight itu, A pun sedar. Ustaz bagi balik. Tapi, ustaz rasa benda itu masih ada. So ustaz pun buatlah appointment. Beberapa hari kmudian, ustaz datang rumah A lepas solat Isyak.

Time ini biasa-biasa je dia punya rawatan itu. Ala, kau google tengok lah cara mana-mana ustaz rawat, A ini macam itu juga lah melawan, menangis, meraung. Benda dalam badan A itu kata dia sayang A. Dia jaga A sejak kecik. Dia dah berkeluarga dalam badan A. Ada 8 ekor dalam badan A. Anak-beranak jin jantan itu.

So, ustaz mengislamkan jin itu, isteri dan anak-anaknya. Lepas family jin itu dah Islam, ustaz hantar ke Mekah. Macam mana dia hantar? Aku tak tau. Itu ilmu ustaz itu lah. Jangan tanya aku. Haha. Then, diaorag semua ingat benda dah settle. Takda masalah dah. But, rupanye itu hanyalah permulaan...

Rupanye, benda ini tak settle kalau buang yang kat A je. Sebab apa? Saka ini dia punya perjanjian dengan moyang A zaman dulu-dulu kala timeline zaman-zaman Parameswara or before that kot dulu. Tak sure. Moyang itu dia buat perjanjian darah dengan iblis itself untuk bagi dia kuasa di darat dan laut.

Adalah satu ustaz ini cerita kat mak A. Dalam berpuluh-puluh ustaz yang family A jumpa untuk buang saka ini, satu ustaz je yang berjaya and identity dirahsiakan. Cuma ustaz itu cakap kalau nak buang saka ini, perjanjian darah yang moyang itu dah buat dengan iblis kena batal. How?

Itu ilmu ustaz itu. Dia pun taknak ditemui. Yang jumpa dia pun Pak Ngah Si A ini. Tapi cerita aku ini pasal apa yang A dialog dengan Si Iblis. Okay so continue dengan second BIG attack.

Lepas keluarga jin awal-awal itu dah masuk islam, barulah terdedah yang family A ini ada saka. Sebelum tu diaorang tak syak. And, saka ini rupanya bukan effect family A je. Semua adik-beradik mak A affected juga. So, lepas je A buang jin yang jaga dia, Si Iblis marah lah apahal kau langgar janji gitu.

Iblis hantar lah bala tentera dia, ganggu keluarga besar A. Yang affected semua anak/cucu perempuan sulung, anak/cucu lelaki bongsu. Setiap minggu ada je kes mereka ini kena rasuk. Tapi A ini special case. Dia bukan anak/cucu perempuan sulung tapi iblis nak dia.

So, satu hari ini lepas dah berminggu-minggu setiap 2 hari je A ini kena rasuk lah apa jadah. Dia sampai tahap tak keluar rumah, 24 hours berwudhuk dan bertelekung sebab nak lindung diri daripada kena attack dengan jin-jin yang dihantar iblis.

Then, ada ustaz lain datang rumah nak check condition A and katanya nak tolong buang terus saka itu. Sebab ustaz sebelum itu dah give up sebab nak protect anak bini, dia give up daripada tolong A. And ustaz baru ini macam kuat juga ilmunya, dia tenang je orangnya. Bila dia datang, dia baca ayat-ayat kat A.

Jap, time ini, family A tak tau lagi musuh diaorang ini iblis. And tak tau lagi pasal perjanjian darah Si Moyang tu. Haa. Time ustaz baru ini lah diaorang tahu. Aku panggil ustaz ni Ustaz Z.

So, bila Ustaz Z ini baca-baca ayat, Si A ini tak menangis, tak meraung. Dia ketawa terkekek-kekek dia ketawa. Ustaz tanya dia siapa, dia gelak saja. Sinis senyuman dia. Dia macam pandang rendah Ustaz Z ini. Ustaz attack-attack dia dengan macam-macam ayat dan cucuk sendi sana sini, A ini ada juga cakap sakit. 

Tapi, dia ketawa. Ustaz bagi ayat Quran paling power punya kat dia, sampai dia meraung tapi still gelak. Ustaz tanya lagi dia siapa. Last-last dia gelak lagi, dia pandang ustaz, dia senyum, dia cakap, "Aku Iblis Laknatullah."

Mula-mula Ustaz Z macam skeptical. Dia kata benda dalam badan A itu menipu lah apa lah. Then, A ini tiba-tiba macam malas nak layan ustaz itu, dia tidur. Time itu memang dah lewat malam. Ustaz itu pun mcm letih. Tapi tak berjaya buang benda dalam badan A.

Time A tidur inilah, dia sebenarnya tak tidur. Cuma dia mcm idle in between iblis and roh dia saling berdepan dan berbincang apa kes iblis ni sebenarnya? Ini lah benda yang A cerita kat aku. Dialog dia dengan iblis.

Dia tak nampak rupa iblis itu, tapi dia dapat rasa kehadiran sejenis makhluk yang beza sekali dengan jin-jin yang pernah rasuk dia. Dia rasa, benda kali ini besar, tegap, bersayap. And, dia bukan jahat biasa-biasa je. Kau tengokk api warna merah kan? Api makhluk ini rasa sejuk ke tulang. Api hitam.

Aura dia, bukan jahat biasa-biasa. Susah aku nak terangkan. Tapi, dia macam something yang jahat gila nak mampus sampai boleh buat syaitan semua takut. Ye, itulah aura Si Iblis. Super dark aura. Cold evil. Bkn hot evil. Faham-faham je lah maksud aku.

So, A ini bercakap dengan iblis melalui suara hati dia.
"Kau nak apa daripada aku?"
Iblis jawab, "Terima aku."
A cakap, "Taknak."
Iblis cakap, "Baik. Kita tengok berapa lama kau boleh tolak aku."
Then iblis gelak-gelak, dia ckp lagi, "Aku dh bosan. Aku nak balik."

Sebaik je iblis cakap macam itu, A punya badan meronta-ronta. Then ustaz datang to the rescue. Iblis cakap dengan ustaz, "Aku tinggalkan 5 anak-anak aku dalam badan budak ini". Then iblis tu chow. Dia chow sndiri. Takyah ustaz tolong tarik ke apa macam jin-jin biasa.

A cakap dengan aku, iblis masuk dalam badan dia through ubun-ubun. Sebab dia boleh rasa iblis keluar separuh daripada badan dia from her ubun-ubun, buka sayap, and terbang. Dia rasa berangin and no one knows what. But A tahu. Aku memula jem juga apahal iblis ada 5 anak. Lepas itu, aku google-google cari artikel pasal 5 anak iblis ini. Haa kalau dalam Emily Rose, ada scene yang dia habaq nama anak-anak iblis ini dan iblis itu sendiri.

Long story short, lepas a few days berkurung kat rumah, satu hari ini lepas solat Subuh entah kenapa A tergerak hati nak baca tafsir Quran semua tentang iblis. Kisah dia jatuh, apa yang dia cakap, macam-macam lagi lah. Sepanjang hari itu A baca tafsir Quran.

Masuk Asar, A kata dia ngantuk tapi dia kata dia rasa tak sedap hati kalau tidur. So, dia lawan mata. Lepas Maghrib dia rasa mengantuk macam kena drugs. Dia jarang mengntuk lepas Maghrib tapi kali ini tak terkawal nagntuk dia. Macam kena kawal dengan benda lain yang nak dia tidur. Tapi, dia tetap lawan mata.

Lepas Isyak, dia cakap dia nak mengaji dulu baru tidur. Time itu, dia dengan kakak dia. Sekali itu, bila dia kata dia macam itu, kakak dia terus tersedak batuk-batuk pastu transform (kena rasuk). Padahal sebelum itu dia elok je sihat takda tanda-tanda nak dirasuk.

Sebaik je dia transform, dia jelling kat A. Dia panggil nama penuh A. Dia tanya "Kenapa kau mengaji?" A memula buat tak tahu tapi benda dalam badan itu kata lagi, "Hey A (nama penuh A). Kenapa kau mengaji walau kau tak faham sepatah haram ayat-ayat itu?"

Bapa A datang ke bilik. Dia terus pegang kakak A. Kakak A meronta-ronta. Dia ambil Quran yang A pegang, dia pijak-pijak dia koyak-koyak. A plak cecepat pergi ambil wudhuk and pakai telekung. Pastu benda itu tanya lagi, "Buat apa kau mengaji?"

Masa ini A cakap dia dah tahu dah siapa yang rasuk kakak A itu. Sebab cara bercakap dan aura dia pun A boleh kenal. Lepas itu A ambil tafsir Quran yang dia dok baca sepanjang hari, and dia beranikan diri pandang mata kakak A yang dah tak macam mata kakak dia.

Image via Thread Read App

Okey some of the dialogues aku tak berapa ingat. A pun tak nak cerita details. Tapi, dia cakap lah masa dia pandang mata kakak dia yang dimasuki iblis tu, dia punya lutut longgar, kaki dah gemalai, dia rasa nak pengsan tapi dalam hati dia doa sangat Allah bantu dia hadap benda ini.

Dia akhirnya buka mulut lepas iblis itu tanya kenapa dia mengaji walau dia tak faham sepatah haram ayat Quran itu. Dia cakap kat iblis, "Aku mengaji untuk bersihkan diri aku. Walau aku tak faham, ini semua ayat-ayat Allah yang boleh membersihkan aku. Aku boleh baca tafsir untuk memahami."

Iblis gelak saja. Lepas itu dia pandang bapa A. Dia cakap, "Eh, aku boleh bagi kau harta, kuasa, perempuan. Aku Tuhan."

Bapa A annoyed, dia tengok A macam boleh handle, dia keluar tunggu depan pintu bilik sementara tunggu ustaz datang. A pun duduk sambil buka helaian-helaian tafsir yang dia dah baca.

"Kau bukan Tuhan, Tuhan hanya Allah."
"Aku Tuhan. Aku yang paling berkuasa kat dunia ini. Kau sembah aku, aku bagi semua benda yang kau minta."
"Aku tak mahu. Aku cuma akan sembah Allah."
"Kau tahu tak apa yang aku dah bina di dunia ini? Pyramid, Stonehenge, semua bangunan itu aku. Idea aku."

"Sudahlah iblis. Aku takkan terima kau, aku takkan sembah kau. Aku percaya Allah, Nabi Muhammad. Syurga, neraka."
"Mana kau tahu syurga itu wujud?"
Iblis tanya balik, "Kau tak pernah tengok syurga kan? Aku boleh bagi kau syurga."
A pun berterusan mereject ajakan Si Iblis.

Ada lagi dialog iblis dengan A ini. Panjang sebenarnya tapi, ada some part yang A kata jangan kongsi sebab boleh mengelirukan akidah. So aku taknak share lah. Anyway, iblis ni sedaya upaya nak paksa A terima dia sampai dia ugut nak bunuh kakak A ini. But, in the end, A kata dia redha.

A kata, "kalau betul kau berkuasa macam Allah, ambillah nyawa kakak aku. Aku redha dan syurga menanti dia." Then nafas kakak A ini macam sesak-sesak lepas tu dia memang macam dah nak mati dah. But, dia tak dapat mati sebab belum ajal dia. Iblis time itu macam dah bengang juga dengan A ini. Sebab degil.

Then iblis kata, "Aku nak balik. Kau tunggu aku akan datang lagi. Anak-anak aku akan jaga kau." Then iblis tu chow. So kakak A itu pun sedar. Then diaorang sekeluarga pun brainstorm la macam mana nak buat kan.

Aku lupa masa ustaz Z rawat A and iblis first time muncul itu, iblis ada cakap dia nak "darah dan dara". So, dengan maklumat yang ada itu, bermacam-macam ustaz lah mak A ini pergi jumpa nak settle macam mana ini kan. Akhirnya, ada ustaz ini kata kena kumpul semua family adik-bradik mak A dan bersihkn ke akar.

Sebab, dia nak 1. Darah yg bermaksud nyawa. 2. Dara yang bermaksud gegadis dalam keturunan moyang A yang awal-awal buat perjanjian itu. So, bila dah berkumpul semua ahli kluarga, sesi exorcism besar-besaran dijalankan di rumah pusaka family mak A.

Cousin-cousin yang cucu/anak perempuan sulung semua affected. Then ustaz settle lah smua. Then, tinggal Si A ni. A ini special kes sebab dia bukan cucu sulung. Tapi dia pun tak faham kenapa iblis nak dia ini. Sampai sekarang dia masih tertanya-tanya. So, ini kira final battle lah ini okey.

At this final battle, A seorang perempuan, while 6-8 lelaki cuba menjatuhkan A daripada bangun. Itulah kekuatan A yang telah dirasuk iblis. A pandang ustaz, dan dia lawan lah macam biasa. Menggelupur sana sini sampai lah fizikal dia betul-betul dah kehabisan tenaga. Dia tidur macam awal-awal iblis masuk.

Ini selingan nak bagi korang gambaran macam mana Si A ini ngadap ustaz sambil dijaga beberapa lelaki sebab taknak Si A nii melompat. Sebab time dia meraung-raung itu memang dia mencangkung macam nak melompat entah nak pergi mana tak tahu. Nasib baik rumah pusaka itu dah moden sikit. So dinding batu tingkap glass.

Image via Thread Read App

Then, A waktu A tidur dia berdialog dengan iblis buat kesekian kalinya.
"Aku takkan terima kau iblis. Walau aku mati sekalipun, aku tak akan terima kau."
"Kenapa kau taknak terima aku? Aku boleh bagi kau macam-macam."
"Sebab aku hamba Allah. Daripada Dia aku datang, kepada Dia aku kembali."

"Kau pasti?"
"Ya, aku pasti."
"Kau yakin kau boleh selamanya percayakan Allah?"
"InsyaAllah aku pasti."
"Baik. Kita tengok macam mana nanti. Aku takkan rasuk kau dah. Ini kali terakhir. Tapi, aku akan sentiasa perhatikan kau. Aku takkan berhenti sesatkan kau. Sesatkan keturunan Nabi Adam."

"Sebelum aku pergi, aku nak pesan, kau cuba bagitahu seluruh dunia, aku iblis takkan berhenti sesatkan keturunan Nabi Adam. Aku akan tarik seramai yang mungkin sama-sama aku. Kau tengok lah hasilnya nanti bila kau beritahu mereka."

Lepas itu iblis gelak-gelak, "Aku akan perhatikan kau A. Aku akan cuba sesatkan kau. Cara ini tak jalan, cara lain kau tak tahu."
Then iblis itu cakap, "Aku nak pergi... selamat tinggal."

Lepas je iblis beritahu itu kat A, A cakap badan dia menggelupur macam sebelum ini lah then dia buka mata, dia nampak ustaz kat sebelah dia

A cakap dengan ustaz itu, "Dia nak keluar dari sini." A tunjuk ubun-ubun dia.

Lepas itu ustaz pun baca-baca apa sambil pegang ubun-ubun A. Lepas itu, A rasa macam sebelum ini, badan iblis keluar separuh. Besar, tegap, dia kembangkan sayap dia, and dia terbang pergi.

Then, dia muntah buih putih lima kali, dia keluarkan anak-anak iblis itu daripada badan dia. Sebab iblis suruh anak-anak dia keluar.

FYI, kenapa A yakin benda ini memang iblis sebab sebelum itu dia pernah kena rasuk banyak jin-jin askar-askar iblis. Tapi dia dapat bezakan aura iblis itu, nak percaya taknak percaya, ikut engkau orang.

So itulah dia kisah A. Dia punya kes sama macam Emily Rose tapi dia tak mati. Why? Don't know why. Belum ajal, or masih banyak ujian untuk dia tempuh. Tapi, A ini dia memang lain daripada orang lain. Sampai sekarang dia tak pasti kenapa iblis nak sangat dengan dia.

Lepas exorcism besar-besaran itu, family A pulih daripada gangguan. Tapi sebenarnya perjanjian itu masih ada sebab benda itu dibuat oleh moyang yang dah beratus-ratus tahun pergi. So how?

Setahun kemudian, akhirnya family A bebas daripada perjanjian itu sebab ada seorang hamba Allah yang tinggi ilmunya berjaya settlekan perjanjian itu. Ini kisah alam ghaib and aku tak berani nak story the details. Yang pasti, hamba Allah itu batalkan perjanjian moyang itu and family A bebas sepenuhnya.

So, mesej yang A nak sampaikan is jangan takut dengan hantu, jin, syaitan, iblis, segala makhluk halus yang ganggu engkau orang itu semua suka bila engkau orang takut. Bayangkan dapat mata macam A, boleh nampak benda-benda ini. Sampai dah tak reti nak takut Si A ni.

A ada juga cakap memula dia tak faham kenapa iblis suruh beritahu satu dunia dia takkan berhenti sesatkan keturunan Nabi Adam and suruh tengok hasilnya. A pernah buat, and hasilnya orang ignore saja pesanan dia itu. And makin banyak yang makin sesat. Lama-lama A faham kenapa iblis pesan itu. Sebab, akhir zaman.

Akhir zaman ini, human made the lucifer as friend, they worship him, they listened to him, and they like what he can gives. While dia takut-takutkan engkau orang dengan cerita hantu. Walhal, kau tak perlu takut dengan dia. Dia tak berkuasa sikit pun atas engkau orang.

Aku rasa A beruntung diberi chance ini. pengalaman dia ini boleh bagi mesej besar kat mereka yang sedar iblis ini makhluk Allah juga. Tugas dia menyesatkan, and dia akan buat pelbagai trick untuk sesatkan engkau orang. Paling mudah, dengan buat engkau orang takut kat hantu.

Sebab manusia ini simple. Dia takut kat benda yang dia tak kenal. So, if kau cuba baca surah-surah yang menceritakan tentang iblis, kau tahulah dia ni hanyalah makhluk Allah yang derhaka. Why kau nak takut dengan dia and tentera-tentera dia, sedangkn Allah paling berkuasa?

So that's it for the long thread. Thanks for reading. Aku harap engkau orang dapat manfaat daripada kisah A dan iblis ini. And aku percaya ramai lagi kat dunia ini yg diuji ala-ala Emily Rose, and they survived. InsyaAllah.

To clarify on some things, A taknak bagitau part yang boleh memesongkn akidah itu because she's worried that if people know, they'll interpret it in their own way and dia takut dipertanggungjawabkan if people misinterpret it. I promised A never to tell and that's what I'll do. Sorry guys.

Secondly, let's not questioned why iblis wants her. A knows she is not nabi and special either. So she doesn't know what about her yang iblis nak. But she believes it won't be for a good reason. So dia harap engkau orang tak overthinking about this and just take the message from her story.

She reminds again ann again, don't be afraid of the Lucifer-Azazel-Iblis (whatever his name is). Just remember Allah is the only one, the Almighty, the Greatest and the only one we should be afraid of. Thanks guys for reading!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi cerita seram di SAYS Seismik:

You may be interested in: