Gadis Kongsi Kisah Seram Perjalanan Ke Gunung Stong, Diganggu Saka Dihantar Ex-BF Sendiri
Kenal betul-betul pasangan itu sebelum bercinta.
Sudah menjadi lumrah manusia ingin bercinta, tapi bila bercinta ini, perlu ingat yang cinta itu tak semestinya berakhir dengan baik. Tapi yang paling penting, kita perlu kenal pasangan kita itu betul-betul.
Lebih parah apabila disebabkan kita tidak mengenali pasangan kita itu dengan sepenuhnya, bila putus, baru diketahui yang bekas pasangan kita itu sebenarnya ada bela saka.
Ini yang berlaku kenapa pengguna Twitter @AnisNadeera yang menceritakan pengalamannya apabila bekas teman lelakinya sendiri menghantar makhluk halus padanya ketika dalam perjalanan ke Gunung Stong, Kelantan untuk hiking bersama kawan-kawannya.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Telah berlaku perbalahan diantara Anis dengan bekas teman lelakinya sehari sebelum dia diajak kawannya "Putry" ke Gunung Stong untuk aktiviti hiking. Perbalahan berlaku disebabkan bekas teman lelakinya itu 'kantoi' ada perempuan lain.
Bismillahirrahmanirahim.
Since ramai yang nak tahu kisah seram makhluk halus yang ex-bf aku hantar dekat aku. Baiklah aku akan cerita. Sebenarnya aku tak pandai sangat mengarang. Tapi InshaAllah harap kisah dan pengalaman yang aku kongsi dapat jadi pengajaran kat korang semua.
Sehari sebelum aku ke Gunong Stong aku ada gaduh dengan ex-bf aku. Aku bengang time tu, aku mintak sepupu aku temankan aku. Yelah sebab masa tu aku down tahap gila nak mampos, aku perlukan supporters untuk tenangkan aku.
So kitaorang borak la apa yang jadi semua. Haa kitorang gaduh sebab masa tu dia kantoi dengan aku ada orang lain. Dahla kantoi dengan classmate aku sendiri. But it's okay aku dah lama redha. Benda ni pun dah lama berlalu. Okay time tu aku memang bengang gila. Kawan aku call nama dia "Putry" (nama samaran) jelah, guys.
Aku dah pelik dah yela kami dah lama tak contact kan. Bermula la perbualan kami.
Putry, "Babe kau kat mana? Free tak malam esok?"
Aku dengan slambernya jawab, "Aku kat rumah je, free, asal babe?"
Padahal time tu memang takde mood langsung nak keluar rumah yela tengah broken kan.
Putry, "Aku nak ajak kau pergi hiking esok, tapi malam la babe kita bertolak."
Aku tanya, "Dekat mana? Pukul berapa?"
Putry, "Dekat Gunung Stong, pukul 2 pagi, aku datang ambil kau, aku ajak member aku jugak tau."
Aku, "Okay aku on jumpa malam esok, Put."
Malam itu pukul 12 malam. BF aku call chat banyak kali aku tak angkat. Aku off phone aku. Aku pesan dekat Putry kalau ada apa-apa call nombor cousin aku. Cousin aku dah tak sedap hati yela aku nak keluar memalam dengan keadaan aku yang tak berapa okay. Dia risau sangat takut apa-apa jadi kat aku.
Putry dan empat lagi temannya tiba di rumah Anis pada pukul 2.00 pagi dengan kereta Alza. Waktu itu, bekas teman lelaki Anis berkali-kali cuba menghubunginya namun tidak berjaya.
Tepat pukul 2 pagi, Putry call aku. Katanya dah sampai depan rumah. Time tu aku pandang je cousin aku kat pintu rumah sambil lambai tangan dekat dia nak menunjukkan yang aku okay.
Seingat aku, kitorang naik kereta Alza. Semua ada 5 orang termasuk aku. 3 lelaki 2 perempuan. Aikal, Reza, Isey, Putry dan aku. Ni Putry punya member la. So diorang semua berumur 19 ke atas. Kira aku time tu under age. So aku masuk kereta, pukul 2:15 pagi kitorang gerak ke Gunung Stong.
Untuk kitorang pergi ke tempat itu agak mengambil masa sikit, sebab kitaorang banyak singgah-menyinggah. Yela nak pergi hutan kan, nak-nak lagi Gunung. Nak kena beli barang-barang keperluan apa semua. Sampai kat kedai runcit. Aku tak turun. Aku stay je. Aku kirim kat member aku.
Tiba-tiba ex-bf aku mesej aku. Dia mesej aku, "Anis aku cakap aku nak selesai malam ni kau pergi jugak, kau tunggu, kau ingat kau boleh lari dari aku".
Aku tak cuak langsung. Sebab aku fikir apa je dia boleh buat yelah dia kat Pahang aku kat Kelantan. Kau rasa dia mampu buat apa je?
Since ramai yang taktahu, ex-bf aku ni jenis yang terlalu obessed dengan cinta. Even dia tahu dia punca masalah but still taknak lepaskan aku. Tambah pulak aku yang sangat degil dan dia baran. Memang susah la kan nak dapat kesefahaman between us.
So kitorang blah dari kedai yang kitorang singgah. Nak dijadikan cerita si Isey member Putry. Dia suka buat lawak. Agak terhibur la kitorang bila dia ada. Tengah asyik kitorang layan Isey berteka-teki, berdikir barat sama-sama. Dah gelak sampai nak pecah kereta hilang sikit stress aku.
Dalam keadaan jalan yang tidak berlampu dan sedang asyik bergurau-senda dalam kereta, tiba-tiba Reza yang sedang memandu ketika itu terlanggar sesuatu
So, malam tu jalan agak gelap lampu jalan pun takde. Kitorang just borak-borak dalam kereta. Seingat aku dah dekat pukul 3.45 pagi. Mata masih segar. Sambil dengar lawak bodoh si Isey sambil makan snack. Haha time tu dah macam tengok Maharaja Lawak. Sumpah terhibur aku.
Pukul 4 pagi kitorang lalu betul-betul depan Sekolah Kuala Krai. Tiba-tiba semua senyap. Kecuali aku tersengih teringatkan lawak si Isey yang tadi. Si Aikal yang duduk depan sebelah pemandu suruh aku diam.
"Anis senyak meta deh," (means senyap jap ye). So aku ni degil. Aku hiraukan si Aikal.
Time tu radio yang kuat berkumandang si Aikal tutup. Hahaha ceh tibe berkumandang. Kereta yang dipandu si Reza berhenti mengejut. Semua tersentak. Katanya si Reza, "Weh aku langgar nate gapo tadi?" (means aku langgar apa tu).
Kami berhenti depan sekolah. Tapi semua masih dalam kereta. Si Reza cakap yang dia rasa ada benda lalu depan kereta dan ada bunyi benda pelik. Seolah-olah macam bunyi babi hutan yang kena langgar dengan kereta. So aku rasa macam benda ni kelakar ada logic pun ada.
Aku yang agak nakal time tu. Terlepas cakap, "Iye ker babi entah-entah hantu raya hahaha."
Boleh pulak aku gelak sakan time tu. Putry apa lagi dia tampar tangan aku yang tengah gelak tutup mulut sebab aku celupar. Haih aku pun satu hal bangang tak behave.
Mereka berlima yang dalam keadaan cuak tiba-tiba didatangi makhluk besar yang menghempap cermin depan kereta Reza
Si Aikal pandang aku tepat kat mata aku. Aku dah cuak dah. Tiba-tiba ada satu makhluk besar yang menyerupai burung warna putih, sebesar alam. Korang bayangkan sampai boleh hempap satu cermin kereta depan. Kami semua terkejut. Aku yang konon berani tadi awal-awal dah peluk si Putry.
Dia hempap kejap je. Si Aikal besuara lagi, "Eh gi mano burung besar tadi?"
Aku pun besuara "Kaba-kaba duk atah bumbung keto," (means entah-entah atas atap kereta ni). So sekali lagi si Putry cubit peha aku haha. Tiba-tiba burung tu muncul depan cermin kereta. Macam dalam gambar ni.
Muka si burung putih besar ni bukan lah seperti dalam gambar. Dia bermata merah muka macam kena cocok dengan duri. So, aku yang first time tengok. Terkejut yang amat. Aku tergamam. Si Aikal dan reza pandang aku dekat seat tengah.
Aku diam masa tu sebab rasa berat sangat kepala aku. Si Aikal yang tengah pandang aku ni seolah-olah mintak aku keluar dari kereta. Dia pandang aku dan cakap "Kau buat apa tu? Kau keluar sekarang!"
Aku ni bengang lah kan asal mamat ni tiba-tiba suruh aku keluar. Nak buang aku kat sini ke apa.
So, si Putry ni pun ikut sama mintak aku keluar dari kereta.
"Anis turun la Aikal suruh turun tu"
Aku berdegil aku tetap taknak keluar. Kau gila? Nak aku turun tempat gelap mcm ni. Aku nak buat apa kat sini? So aku syak diorang nak buat benda jahat kat aku.
Anis tetap bertegas tidak mahu keluar dari kereta walaupun disuruh Aikal. Aikal dan Reza kemudiannya keluar dari kereta sambil Reza menghulur sebilah keris kepada Aikal.
Tiba-tiba Aikal turun dari kereta bukak beg. Si Reza besuara, "Ni ambil keris kau dalam beg yang ni aku simpan."
Aku dah bedebar gila dah time tu. Aku just fikir Mak Ayah aku je time tu. Aikal bukak pintu belakang. Dia suruh aku keluar jugak. Aku pandang Aikal sambil air mata aku mengalir.
Si Putry besuara, "Anis, Anis buat apa, Anis okay tak?"
Haih aku bengang asal kejap baik kejap suruh aku blah dari kereta. So, si Reza suruh aku diam sebab aku dah nangis-nangis tak henti. Dia suruh aku tunduk. Aku pun apa lagi aku tunduk jelah. Dengar je apa dia cakap mana tahu terlepas kan.
So aku pelik. Kenapa si Aikal asyik pandang belakang. Aku syak dia pandang Isey yang duduk kat seat belakang. Tiba-tiba Aikal pegang bahu aku. Aku sentakkan tangan Aikal. Dah kenapa mamat ni? Pelik betul.
Si Putry besuara, "Anis jangan risau Aikal pandai bab-bab camni."
Aku still blur time tu. Aku tak faham apa sebenarnya jadi. Aikal bercakap dengan benda yang ada di atas bahu aku sambil pegang bahu aku dengan keris di tangan dia.
"Kau nak aku buang kau cara halus ke kasar?"
Anis jatuh pengsan selepas "upacara" yang dilakukan oleh Aikal. Mereka pun meneruskan perjalanan mereka ke Gunung Stong yang kemudiannya diganggu makhluk lain.
Time tu jugak aku pengsan. Lepas kereta dah gerak dari depan sekolah. Aku bangun. Time tu diorang pasang surah yassin guna handphone aku. Si Aikal mintak Putry basahkan air kat muka aku. Mungkin air yang telah dicampur dengan bacaan ayat-ayat suci. So aku sambung rehat.
Tiba-tiba kereta kitorang naik tu ada bunyi side mirror kena langgar. Si Reza besuara, "Aikal, kau nampak tak apa benda tadi tu?"
Burung yang kedua ni kecil berbanding yg hempap kereta tadi.
Aikal cakap, "Takpo mu bowok jah mu toksoh caro dio," (means kau bawak je terus tkyah pedulikan dia).
Ada pulak seekor lagi burung yang sama saiz dengan yang second. Lalu sebelah Reza. Reza ikut cakap Aikal dan tak pedulikan makhluk yang lalu sebelah side mirror. Semua terdiam, tiada seorang pun yang berani bersuara hanya kedengaran surah yassin yang kami pasang dalam kereta.
Dalam jam 5.30 pagi. Mereka tiba di stesen kereta api. Anis yang tertidur tadi tersedar sebab bunyi suara orang.
Pintu seat tengah bukak. Mungkin aku tido diorang taknak bagi aku kepanasan. So aku panggil si Putry. Aku tanya dia kita kat mana?
Putry bagitahu yang kita berhenti kejap sebab Reza nak ke toilet. Aku iyakan je. Jadi si Aikal panggil aku, dia cakap kalau nak pergi toilet ajak Putry sekali. Aku perhatikan si Aikal tengah jiruskan air dekat setiap penjuru kereta. Mungkin air yang sama Putry letak kat muka aku tadi.
So kitorang sambung perjalanan kitorang. Aikal bagitahu kita akan singgah ke surau untuk solat subuh. Masuk dalam surau. Aku sempat tanya si Putry ni. Apa yang jadi sebenarnya. Sebab aku masih keliru. Si Putry pulak tetap taknak bagitahu, "Takada apa lah Anis takyah fikir lah."
Time tu dah pukul 6.50 pagi. Kami sambung perjalanan kami ke destinasi yan kami tuju. Muka dah barai dah time tu, rasa macam tak larat. Tambah lagi duk fikir yang ex-bf aku cakap dalam mesej dia hantar sebelum aku bertolak. Haih I can't brain la manusia macam ni punya perangai pun ada.
Mereka berlima tiba ke destinasi tepat jam 7.30 pagi sebelum didatangi seorang lelaki
Tepat pukul 7.30 kami sampai depan pintu gerbang tempat masuk ke Gunung Stong. Nak dijadikan cerita ada kereta park belakang kereta kami. Ada seorang lelaki dan seorang perempuan mengandung. Tiba-tiba lelaki yang bawak kereta tu datang ketuk pintu cermin. Si Aikal keluar.
Okay yang ni kelakar. Yang lelaki tadi rupanya abang ipar si Putry. Si Putry yang ajak aku temankan dia hiking ni tak mintak izin sebelum datang. Jadi si Aikal bagitahu, mintak Putry balik rumah ikut abang ipar dia dan kakaknya. Jadi berlaku sedikit salah faham antara diorang.
Putry tanya aku if aku nak teruskan plan atau nak ikut dia balik rumah dulu. Aku confuse. Aikal dengan muka kerut. Terus cuak aku. Jadi si abang ipar Putry besuara, "Why not Anis awak ikut Putry balik lagipun tak elok awak seorang perempuan."
So aku ikut je, yelah sebab takut juga kan apa-apa jadi.
Sampai rumah Putry. Tiba-tiba aku teringat apa yang jadi depan sekolah. Aku call abang aku mintak tolong ambil aku dekat rumah member aku ni. Sampai rumah aku nangis-nangis dalam bilik macam orang tak betul. Mak aku pelik. Mak aku bacakan ayat-ayat suci terus tiup kat telinga aku.
Anis yang masih dalam keadaan sedikit trauma menerima panggilan daripada bekas teman lelakinya
Keadaan aku masa tu dah okay, cuma trauma tu ada. Aku rasa benda tu masih ada perhatikan gerak-geri aku dalam bilik. Tiba-tiba ex-bf aku call, aku angkat tapi aku diam. Sebab masih bengang teringatkan apa yang dia cakap.
Perbualan kami bermula, "Hello haa macam mana kau dah balik? Dah serik kena?"
Aku dah pelik apasal mamat ni? Mana dia tahu aku keluar. Sedangkan yang tahu cuma cousin aku.
Okay sambung, "Berapa yang kau dapat tu setimpal dengan niat kau nak tinggalkan aku."
Aku diam. Jadi aku rasa pelik. Ke ini yang dia maksudkan aku akan dapat akibat macam yang dia bagitahu dalam mesej. Aku bersuara. Sebab yelah dah rasa pelik gila dah ni dengan mamat ni. Jadi aku tanya, "Apa yang kau tahu pasal aku semalam?"
Dengan slamber bodoh dia gelak terbahak-bahak macam orang tak ada iman.
Maka, barulah Anis sedar bahawa insiden yang terjadi semasa perjalanannya ke Gunung Stong adalah angkara bekas teman lelakinya itu
So si ex-bf aku cakap, "So brapa saka aku kau terserempak semalam"
Aku, "Haha kau cakap pasal saka sapa ni sorry aku tak ada jumpa saka kau semalam!"
Sebab aku nak kan kepastian aku tanyakan soalan-soalan macam tu kat dia.
Dia dengan slamber badak gelak-gelak besar.
"Aku hantar 3 saka nenek moyang aku dekat kau semalam tu semua untuk bagi kau sedar, kau tak boleh lari dari aku ingat setakat Gunung Stong jangan ingat aku tak boleh cari kau"
Lepas aku dengar. Aku terus letak phone.
Aku pergi dekat mak aku. Aku nangis-nangis. Sebelum aku cerita, mak aku mintak aku ambil wudhu. Untuk aku lebih tenang bila cerita. Sambil cerita sambil nangis. Ambil masa jugak aku nak cerita apa yang jadi malam tu kat keluarga aku.
Even benda ni nampak kecik tapi bila puncanya datang dari sendiri susah untuk kau luahkan.
Seminggu selepas kejadian aku dapat tahu simcard aku abang aku dah tukar, mamat yang aku cakap tu, abang aku sound. Aku taktahu apa abang aku cakap. Sampai sekarang dia tak berani munculkan diri.
Jadi pengajaran kat sini. Especially girls kat luar sana, please take care of yourself. Jangan terlalu mudah percayakan lelaki. Siasat dulu latar belakang diorang ni. Disebabkan cerita cinta jarak jauh kami ini yang menyukarkan untuk kami kenal each other. Aku harap dia dah berubah.
Yang jenis mulut tak boleh behave pergi mana-mana, aku minta korang jaga adab percakapan. Dengan siapa dan dimana korang berada. Apa kau nak buat, first betulkan niat. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat."
Assalamualaikum, selamat berpuasa.