seismik

Hanya 3 Jam Dari Johor Bahru, Wanita Ini Kongsi Itinerari Pulau Bintan Selama 4H3M!

Banyak tempat best yang dia share!

Cover image via @housegeniusofficial (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, Indonesia memang mempunyai pelbagai destinasi menarik yang boleh dikunjungi

Image via Ammboi

Di Indonesia, memang banyak pulau cantik yang boleh dikunjungi. Lebih menarik lagi, pulau-pulau tersebut mudah diakses dan dekat saja dengan Malaysia. Senang untuk kaki travel di luar sana!

Pulau Bintan merupakan salah satu pulau di Kepulauan Riau, Indonesia. Pulau ini merupakan sebahagian daripada provinsi Kepulauan Riau yang terletak di Tanjung Pinang.

Jika anda nak bercuti ke Pulau Bintan, boleh lihat itinerari dan bajet yang dikongsikan oleh Sakinah Khairuddin melalui laman TikTok, best!

Itinerari yang dikongsikan adalah selama 4H3M. Bajet yang disediakan pula mengikut satu keluarga iaitu dua dewasa dan seorang kanak-kanak. Untuk kos penginapan, anda juga boleh mencari penginapan yang lebih murah. 

Baca itinerari penuh di bawah:

Hari Pertama
- Naik feri ke Tanjung Pinang dari Berjaya Waterfront (Dewasa: RM151 & Kanak-kanak: RM116 per jalan)
- Hotel Nite & Day (RM132 per malam termasuk sarapan)
- Restoran Ayam Taliwang 
- Satay Padang

Hari Kedua
- Hire supir dari Tanjung Pinang ke Pulau Bintan (RM114)
- Pulau Indah Villa (RM1000 per malam termasuk sarapan) atau Hotel Grand Lagoi (RM300 per malam)
- Warung Yeah

Image via Hotels

Hari Ketiga
- Treasure Bay (RM35 per entry)
- Gurun Pasir & Danau Biru Kawal (RM14 per entry)

Image via Bintan Resorts
Image via Tribun

Hari Keempat
- Naik speedboat dari Telaga Punggur ke Tanjung Umban (RM16 per orang)
- Naik Gojek dari Tanjung Umban ke Batam Feri Centre (RM25)
- Balik JB naik feri (RM110 per orang)

@housegeniusofficial

Replying to @Zakiah Binti Abdul R Pulau Bintan ni sangat sangat cantik, sesuai utk org yang nak rehat sambil healing gitu. Banyak hidden gem & makanan yang sedap bethol #pulauindah #bintanisland #indonesia #ferry #johorbharu

Buah Hati - Armada
@housegeniusofficial

Replying to @haryani total spend dalam RM3.8K, boleh kurang lagi dari segi penginapan. Kalau tgk total kos makan murah je semoga korang sampai dengan selamat ke Pulau Bintan #bintanisland #lagoi #traveltiktok

at my worst - FOMY

Semua tempat ini menarik dan best, boleh masuk dalam wishlist! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: