Hanya Guna Tali & Bakul, Netizen Puji Teknik 'Delivery' Suri Rumah Ini Niaga Cheezy Wedges
Teringat filem Ayat-Ayat Cinta.
Pada masa kini, nilai kreativiti itu penting dalam menjalankan sesuatu perniagaan
Mereka yang ingin berniaga itu perlu berfikiran lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan perniagaan seiring dengan peredaran masa serta cita rasa masyarakat yang sentiasa mahukan kelainan.
Bahkan, merangsang kreativiti dan meneroka benda yang baru yang tidak diketahui atau diamalkan oleh lain dapat membawa hasil serta membantu meningkatkan produktiviti perniagaan tersebut.
Mereka yang berniaga juga perlu untuk berfikir di luar kotak di samping mencuba idea-idea yang inovatif kerana ianya merupakan kunci dalam menyelesaikan sebarang masalah dalam perniagaan.
Baru-baru ini tular video yang memaparkan teknik 'penghantaran' makanan seorang peniaga menggunakan tali dan bakul
Video yang telah dikongsikan oleh anak peniaga tersebut menerusi laman Twitter itu ternyata mendapat perhatian orang ramai yang mana rata-rata memuji cara 'penghantaran' makanan tersebut yang disifatkan sebagai kreatif dan inovatif.
Peniaga yang merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa itu juga merupakan seorang pengasuh yang menjaga anak-anak kawan-kawannya. Dia yang menjual cheesy wedges dan cheesy macaroni sebagai pendapatan sampingannya hanya menggunakan tali dan bakul untuk pembeli yang datang untuk pick-up makanan tersebut
Ibarat pepatah, ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’, kaedah ini walaupun simple namun dilihat sangat efektif kerana boleh menjimatan masa dan tenaga pembeli dan penjual. Manakan tidak, pembeli tidak perlu turun naik tangga untuk ambil order-nya.
Antara reaksi netizen tentang rakaman tersebut:
Wah, cutenya teknik ni!
Siapa yang berminat untuk membeli, boleh order seperti yang tertera di bawah: