seismik

Hanya Kerana Buku Merah Lusuh, Lelaki Ini Tak Perlu Bayar Kos Perubatan Sebanyak RM19,713!

Masalah kesihatan yang dialami Noorshafry telah menyebabkan dia dimasukkan serta ditahan di dalam wad selama 35 hari di samping menjalani 6 kali pembedahan.

Cover image via Facebook Tan Shafry

Kos sara hidup semakin tinggi di Malaysia, dan ini termasuklah kos perubatan seperti harga ubat, caj pemeriksaan di hospital dan klinik, premium insurans dan juga makanan tambahan

Image via Bum Bum Cak

Kos perubatan yang tinggi kini menjadi satu isu penting dan pada masa yang sama juga menjadi satu beban kepada rakyat Malaysia. Golongan yang paling terkesan adalah golongan sederhana dan rendah dimana gaji yang diterima tidak boleh menampung kos perubatan yang tinggi.

Kesihatan merupakan satu faktor yang tidak boleh dikompromi, namun masih ada cara untuk kurangkan kos berkaitan dengan perubatan dan kesihatan kerana kemalangan adalah sesuatu yang tidak dijangka dan oleh sebab itu setiap orang perlu mempunyai back up plan kewangan kos perubatan.

Selain menjaga kesihatan dengan baik bagi mengelakkan masalah kesihatan daripada berlaku, seseorang itu juga boleh membuat simpanan kecemasan, bantuan perubatan syarikat, mendapatkan insurans perubatan yang komprehensif dan dengan cara menderma darah.

Seorang lelaki bernama Noorshafry telah berkongsikan pengalamannya tidak perlu membuat sebarang pembayaran walaupun telah menjalani rawatan perubatan yang sepatutnya memakan belanja tinggi, hanya disebabkan tabiatnya menderma darah

Masalah kesihatan yang dialami Noorshafry telah menyebabkan dia dimasukkan serta ditahan di dalam wad selama 35 hari di samping menjalani 6 kali pembedahan.

Noorshafry yang merupakan penderma darah tegar telah menjadikan ianya satu kebiasaan buat dirinya untuk menderma darah setiap 3 bulan sekali. Tanpa disedari, rutinnya itu akhirnya membuahkan hasil dan pada masa yang sama telah menyelamatkan dirinya apabila dia mendapat pengecualian penuh daripada membayar bil keseluruhan rawatan hospitalnya, semua gara-gara sekeping buku merah lusuh yang ada dalam simpanannya.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Assalammualaikum.

Ni nak cerita kebaikan buku merah.

35 hari dalam wad dan 6 kali pembedahan. Akhirnya saya dibenarkan pulang oleh doktor selepas penyakit dah beransur pulih. Cuma jantung pula rasa aktif lebih daripada biasa bila ke kaunter HASIL.

Jumlah keseluruhan adalah RM 19,713.00 manakala jumlah yang perlu dibayar dan subsidi dari kerajaan adalah RM 878.00.

Saya pun hulur buku merah ini pada kaunter, “Puan, buku merah saya ini boleh membantu saya ke untuk dapatkan diskaun?”

Selepas sahaja pegawai kaunter itu membelek buku merah saya. Terus dia print bill yang lain sambil tersenyum dan berkata, “Encik tak perlu bayar apa-apa pun.”

Waktu itu saya rasa amat terharu dan sujud syukur, “Terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia.”

Harapan saya selepas ini adalah supaya sahabat-sahabat saya yang baca kisah saya ini boleh buat apa yang saya lakukan iaitu derma darah sekali setiap 3 bulan.

Lama-kelamaan dapat meringankan beban kita bila kita terima rawatan di hospital nanti. Anda tidak akan menyesal. Jom derma darah!

Oleh itu, jadikanlah aktiviti menderma darah sebagai satu rutin setiap 3 bulan, kerana banyak manfaat yang boleh diperoleh darinya!

Image via Media Kedah

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca sini untuk tahu kebaikan menderma darah!

Lagi artikel-artikel kesihatan terkini di SAYS Seismik:

You may be interested in: