Hanya Kerana Keychain Peluru, Wanita Malaysia Ini Masuk ‘Watchlist’ Imigresen Di Qatar
Take note ya siapa yang nak pergi bercuti.
Rasanya sudah menjadi trend di mana orang ramai suka bercuti di luar negara tambahan pula harga tiket penerbangan kini semakin mampu milik
Bagaimanapun, semakin ramai yang suka melancong ke luar negara semakin banyak pula kes-kes melibatkan rakyat negara kita ditahan oleh pihak imigresen.
Antara negara yang sering menahan rakyat Malaysia adalah Australia dan Korea Selatan. Puncanya kerana terlalu banyak pelancong yang bekerja tanpa permit di sana.
Selain itu, ada juga negara-negara yang Islamphobia seperti di Eropah ataupun Amerika Syarikat yang sering menahan rakyat beragama Islam kononnya atas tujuan 'keselamatan'.
Namun begitu, berbeza pula dengan wanita ini yang ditahan di Imigresen Qatar hanya kerana keychain yang tergantung di beg sandang miliknya.
Wanita yang dikenali sebagai Yann Ahmad berkongsi di Facebook Backpacker Buddies Malaysia berkongsi sebab dia berada di Qatar adalah untuk transit ke London pada 7 November lalu.
Baca perkongsian penuh di bawah:
"Saya cuma nak berkongsi benda yang kita sendri terlepas pandang kadang-kadang. Berlaku pada 7 November, sebulan yang lepas.
"Al-kisah keychain bullet ini tergantung di beg sandang kepunyaan suami tapi saya yang pakai. Suami tak ikut serta percutian ini. Flight ke Heathrow transit di Qatar
"Saya sendiri tak perasan langsung ada keychain ni di beg. Turun saja dari kapal terbang, terus melalui imigresen. Lama pulak dia scan bag saya, lepas tu dia tanya beg siapa, saya pon angkat la tangan.
"Dia tunjuk keychain di beg itu, saya cakap itu cuma hiasan, dia ambil lepas tu mintak passport dan bawak pergi jumpa pegawai. Allahuakbar, berderau darah.
"Dah la pegawai kulit hitam, Tenung kita macam nak telan. Mulut tak henti-henti baca doa dan berzikir. Hati rasa tak sedap sangat. Baru separuh jalan, Dah ibarat ditimpa musibah dan transit hanya dua jam.
"Moga-moga tiada yang serius. Risau next flight, tak lama kemudian dia datang dan bagi passport tapi tak cakap apa-apa. Dalam hati... Alhamdulillah.
Mana mungkin kita nak bawa peluru betul kan? Tapi berbelah bagi, takut dia orang fikir kita pengganas atau pentaksub puak-puak militan atau seangkatan dengannya ke. Tak seronok sangat rasa waktu tu," tulisnya.
Wanita itu ingatkan mimpi ngerinya sudah tamat namun ternyata sangkaannya meleset
"Rasa dah sedikit selamat, sampai boarding hall Qatar to Heathrow, scan tiket lepas tu baru nak masuk dalam. Ade pemeriksaan sekuriti lagi.
"Saya orang pertama dia periksa. Mntak buka beg tangan, beg sandang dan dia mintak izin nak sentuh hijab dan seluruh badan saya (pegawai perempuan) kakak, abang ipar dan anak buah tak kena.
"Dia suruh jalan je, cuma saya seorang je. Allahu... Ingatkan insiden peluru habis masa tadi je. Rupanya nak boarding nama saya dalam senarai dia orang untuk kena periksa badan.. Sebab masa kat sana dia tak sentuh saya.
"Bila semua ok, dia lepaskan saya, jadi tertanya-tanya sepanjang flight Qatar-Heathrow, tak tenang jadinya sebab takut masuk London nanti sangkut juga.
"Jangan berhenti doa, zikir. Mintak Allah mudahkan, lancarkan perjalanan saya. Kenapa lah kat Malaysia imigresen tak ambil keychain tu dan kenapa lah saya tak perasan langsung. Dugaan sangat. Takut-takut percutian indah jadi ngeri," kongsinya lagi.
Susulan insiden tersebut, wanita itu mula tidak tenang memikirkan situasi di Lapangan Terbang Heathrow kelak
"Touchdown Heathrow, London, hati berdebar-debar, takut-takut sebab passport connection link kat Qatar semalam itu (memang fikir negatif sikit).
"Manusia punya la ramai, beratur punya lama, tapi direzekikan potong barisan untuk cop imigresen sebab dapat ikut famili India depan kami sebab ada anak kecil.
"Dalam grup kecil itu kita orang bagi passport serentak pada pegawai imigresen. Cuma dia tanya datang ke London untuk apa? Holiday!
"Alhamdulillah, passport diserahkan tanpa ada masalah, syukur sangat-sangat. Barulah hati berbunga-bunga untuk percutian tanpa diduga. Itu belum fikir nak balik nanti sorang-sorang sebab kakak saya ke Paris. Saya balik sorang ke malaysia," tulisnya.
Dalam pada itu, wanita itu juga sempat berpesan kepada mereka yang bakal melancong supaya periksa betul-betul barangan yang dibawa
"Pengajaran daripada kisah ini adalah jangan bawak barang 'pelik' dan banyakkan berdoa dan berzikir jika ditimpa musibah. Nampak keychain tu simple je tapi di mata dia orang, besar kesannya.
"Semoga sharing ni memberi sedikit manfaat buat korang," tulisnya lagi.