seismik

Rakyat Malaysia Paling Tinggi Dalam Senarai 'Red Flag' Imigresen Australia

Hati-hati ya semua.

Cover image via Vietnam Immigration

Selepas ini, rakyat Malaysia perlu lebih berwaspada sebelum membuat keputusan untuk travel ke Australia

Isu lambakan pekerja haram dari Malaysia yang bekerja di luar negara telah menular sejak beberapa tahun lepas.

Ramai rakyat Malaysia, terutamanya anak muda sanggup meninggalkan tanah air kerana tertarik dengan pakej gaji lumayan yang ditawarkan apabila bekerja di luar negara termasuk di Korea Selatan, New Zealand, dan juga Australia.

Bekerja sebagai pemetik buah di bawah panas terik matahari pun tak apa, asalkan gaji lumayan.

Disebabkan ini juga, imigresen Australia telah meletakkan rakyat Malaysia yang tertinggi dalam senarai 'red flag' mereka

Image via Unter Kiwis

Satu senarai data yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Australia menunjukkan bahawa Malaysia menduduki carta paling atas dalam senarai merah negara tersebut dengan jumlah pendudukan haram tertinggi.

Data itu juga mencatatkan peningkatan sebanyak 37.2% rakyat Malaysia yang tinggal secara haram berbanding tahun lalu, satu angka yang agak membimbangkan. Malah, Malaysia turut mendahului China dalam senarai ini pada jumlah 68,417 orang.

China berada di kedudukan kedua dengan angka 58,724 orang.

Image via The Australian

Dalam pada itu, seramai hampir 10,000 rakyat Malaysia dicatatkan tinggal di Australia melebihi tempoh yang telah ditetapkan

Kira-kira 13,000 rakyat Malaysia yang berada di dalam senarai tersebut tidak dibenarkan pulang ke tanah air atas sebab “hutang kepada komuniti”, manakala hampir 36,000 yang lain pula hadir ke Australia “disyaki ada niat yang lain”.

Nasihat kami, berhati-hatilah jika ingin ke Australia. Pastikan segala dokumen lengkap beserta itinerari di sana.

Pernah terjadi sebelum ini di mana seorang gadis bersama rakan-rakannya telah disekat oleh pegawai imigresen sebelum berlepas ke Perth, Australia. Pegawai itu siap bertanyakan tentang itinerari dan meminta mereka untuk mendedahkan jumlah wang yang dibawa ke sana.

Akhirnya, mereka terpaksa membatalkan niat ke Perth dan terbang ke Krabi, Thailand. Perkongsian penuh boleh dibaca di sini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jangan kena tipu sudahlah ya:

You may be interested in: