seismik

"U Tak Nampak Macam Tourist" - Gadis Kongsi Saat Disekat Ke Aussie. Alasan Tak Munasabah

"Sepatutnya 'pelancong' omputih pun kita patut buat macam ni, barulah berkurang 'begpackers' kat muka bumi malaysia ni." - Netizen.

Cover image via Twitter @reenzahari

Bila nak bercuti ke luar negara, banyak perkara yang perlu anda titikberatkan terlebih dahulu. Pastikan semuanya sudah tersedia sebelum berlepas.

"Alah, pergi Australia je pun. Tak perlulah bawa duit banyak-banyak. Pakai credit card pun boleh..."

Ya, betul. Tapi sekarang ini memang macam-macam perkara yang tidak diingini akan berlaku ketika saat-saat akhir untuk berlepas di lapangan terbang. Kalau bukan nasib, memang terkenalah. Kalau bernasib baik, bolehlah terlepas.

Oleh itu, anda perlu tahu ke mana anda bakal pergi di negara yang akan dikunjungi dan declare apa yang patut kepada pihak imigresen untuk mengelakkan apa-apa masalah.

Seperti perkongsian seorang gadis baru-baru ini di laman Twitter tentang pengalaman dia dan rakan-rakannya yang 'tersekat' di airport untuk ke Perth, Australia

Gambar sekadar hiasan.

Image via Policy Street Blog

Perkongsian itu turut mendapat lebih 17 ribu retweets dan 16 ribu likes di laman Twitter dan banyak juga pengguna Twitter yang membalas dan memberikan reaksi kurang senang dengan perkara tersebut.

Baca penuh di bawah:

Gadis yang dikenali sebagai Reen Zahari ini menceritakan situasi yang berlaku di boarding gate selepas tiket sudah dibeli, visa sudah approved dan semuanya sudah selesai

Bila tiba turn empat sekawan ini, ada sesuatu terjadi dan membuatkan mereka 'tersangkut' di situ buat seketika...

"Berapa duit yang korang bawak?"

Bila diberitahu 350AUD setiap seorang, makcik imigresen itu hanya ketawa sinis.

Empat sekawan ini turut menunjukkan tempat yang bakal dituju bersama dengan harga supaya lebih detail, tapi mereka dituduh ingin melakukan sesuatu di Australia

Level blur mereka semakin tinggi dengan apa yang sedang berlaku ketika itu. Sampaikan abang security pun tak tahu nak cakap apa...

"You guys tak nampak macam pelancong"

Sebab apa? Sebab tak bawa duit yang cukup. Paling sikit perlu bawa untuk ke Australia ialah 1,000AUD.

Mereka turut melakukan pencarian mengenai 'makcik imigresen' tersebut

Disebabkan empat sekawan ini sudah 'disekat' dari terbang ke Australia, mereka membuat keputusan untuk ke Krabi, Thailand dan bercuti di sana

Kes ini juga membuatkan ramai pengguna Twitter yang turut menyuarakan pendapat masing-masing:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum travel, baca dulu tips ini:

You may be interested in: