[SHARE] Jika Anda Dapat Tawaran Menarik Dan Sukar Ditolak, Ianya Mungkin Scam. Hati-Hati!
Jenayah scam kini semakin berleluasa!
Anda pernah kena scam?
Kalau tak pernah, anda memang bernasib baik.
Bagi sesiapa yang pernah terjerat dengan penipuan atau scam, pengalaman itu boleh menjadi salah satu mimpi ngeri yang mungkin menghantui mereka sepanjang hidup, lebih-lebih lagi jika melibatkan kerugian puluhan malah ratusan ribu ringgit.
Scam adalah satu bentuk jenayah penipuan yang semakin berleluasa pada masa kini, terutamanya dalam talian
Jenayah scam datang dalam pelbagai cara dan modus operandi yang berbeza, namun matlamat akhirnya tetap sama iaitu mengaut keuntungan daripada pihak yang berjaya dijerat.
Dalam kebanyakan kes, scam bermula dengan menawarkan sesuatu yang menarik kepada pelanggan seperti pembiayaan kewangan mudah lulus, pakej pelancongan murah, pemenang cabutan bertuah lumayan, pembelian barangan yang dijual dalam talian, dan lain-lain. Tawaran-tawaran ini nampak seperti begitu sukar untuk ditolak.
Antara yang popular tentunya loan scam. Maklumlah, ramai golongan bekerja yang kadang-kadang terpaksa meminjam untuk melaksanakan sesuatu urusan.
Urusan seperti membeli kereta, membeli rumah, mengadakan majlis perkahwinan, mengembangkan bisnes dan sebagainya memerlukan jumlah wang yang besar. Salah satu cara untuk mendapatkan wang tersebut tentunya dengan membuat pembiayaan. Mana nak ada cash.
Apa yang menyedihkan ialah ramai orang mengambil kesempatan untuk menggunakan saluran yang tidak sahih dan tidak membuat pembiayaan daripada bank atau institusi kewangan lain yang diiktiraf kerajaan. Masing-masing menganggap bahawa pinjaman wang menerusi saluran tidak sahih ini lebih cepat, lebih mudah, dan tidak memerlukan sebarang dokumentasi.
Hanya mohon, berikan sedikit butiran, kemudian pinjaman terus diluluskan secepat mungkin tanpa sebarang pemeriksaan latar belakang. Jika benarlah semudah ini, siapa yang tidak mahu, bukan?
Malangnya, scammers zaman sekarang ini mempunyai strategi yang bernas, malah mereka turut bijak menabur janji-janji manis yang begitu meyakinkan sehingga ramai yang terjerat
Seorang lelaki bernama Azman (bukan nama sebenar) menceritakan tentang bagaimana beliau terpedaya dengan loan scam yang menyebabkan beliau mengalami kerugian sebanyak RM70,000! Duit simpanan, duit gaji pekerja, dan segala wang yang dia ada hangus dalam sekelip mata.
LIhat video di bawah:
Anda seharusnya peka dengan jenayah scam yang semakin lama semakin berbahaya ini dan mengajak orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa berurusan dengan individu yang tidak dikenali
Mesej ini dibawakan kepada anda oleh CIMB.
Untuk info penuh, klik sini.
“Beware, Be Aware, Stop the Scammers”
Jangan biarkan penjenayah-penjenayah ini bermaharajalela dengan penipuan mereka. Sudah tiba masanya untuk kita perangi jenayah scam habis-habisan.