seismik

'He Said, She Said' - Viral Kisah Bekas Kekasih Berpisah Di Twitter. Siapa Yang Salah?

Adalah penting bagi seseorang itu untuk menerima kenyataan dan pelajari apa yang silap seterusnya perbaikinya dalam hubungan yang akan datang.

Cover image via Bravo TV

Perpisahan. Clash. Break Up. Putus.

Image via Huffington Post

Istilah-istilah yang setiap pasangan kekasih ingin elakkan daripada berlaku dalam perhubungan mereka.

Setiap kali berlakunya 'putus hubungan' ini, ianya pasti diiringi dengan air mata, kesedihan, kemurungan dan rasa kecewa. Manakan tidak, perasaan putus cinta ini diibaratkan sebagai luka yang dalam. Selain itu rutin harian juga akan berubah di mana sebelum ini sudah terbiasa dengan rutin ketika masih bersama bekas kekasih.

Namun, adalah penting bagi seseorang itu untuk menerima kenyataan dan pelajari apa yang silap seterusnya perbaikinya dalam hubungan yang akan datang.

Walau bagaimanapun, setiap perhubungan percintaan itu adalah lebih baik sekiranya tidak ditayangkan di dalam laman sosial.

Rata-rata anak muda masa kini mempertontonkan kisah mereka di laman-laman seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Baik ketika sedang hangat dilamun cinta sehinggalah ketika berlakukan perpisahan. Semuanya hendak diceritakan dalam laman sosial.

Image via Time

Minggu lalu, seorang pengguna Twitter telah membuat thread menceritakan dirinya ditinggalkan teman wanitanya

Thread yang mendapat perkongsian sebanyak hampir 15 ribu retweets itu membuatkan rata-rata pengguna Twitter yang lain meluahkan rasa simpati kepada lelaki terbabit di samping mengecam bekas teman wanitanya atas keputusannya untuk meninggalkan lelaki tersebut.

Baca thread penuh di bawah:

Enggan berdiam diri, tuan empunya badan tampil mempertahankan dirinya dengan menjelaskan punca sebenar dia memilih untuk berpisah dengan lelaki itu

Gadis tersebut tampil menceritakan kisah disebalik perpisahan itu dalam bentuk Twitter thread.

Baca thread penuh di bawah:

Kalau macam ini jadinya, mungkin perpisahan itu adalah penyelesaian yang terbaik.

Mungkin juga ada baiknya isu seperti ini diselesaikan di belakang tabir tanpa perlu masukkannya dalam laman sosial.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: