seismik

"Heret Anak Ke Balai" - Suspek Samun Kedai Dobi Akhirnya Ditangkap Selepas Serah Diri

Kedua-dua penyamun berkenaan dikatakan menjadi 'popular' di media sosial selepas video kejadian tersebar.

Cover image via Celoteh Saje

Selepas video kejadian di kedai dobi 24 jam itu tersebar luas di media sosial, salah seorang daripada penyamun yang terlibat dikatakan telah menyerah diri di balai polis di IPD Kuala Muda semalam, 13 September

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 21 tahun dari Nibong Tebal yang dipercayai memegang parang dalam kejadian itu telah berjaya ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari, semalam.

Dia merupakan salah seorang daripada dua suspek yang terlibat dalam kejadian samun di kedai dobi dan kedai runcit 24 jam di Bandar Puteri Jaya dan Taman Ria, Sungai Petani, Kedah.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, kes ini menjadi semakin viral selepas klip video CCTV tersebar luas di media sosial sehinggakan ada pengguna Twitter yang menjumpai profil Facebook milik suspek.

Image via Google

Suspek yang dibawa sendiri oleh ibunya ke IPD Kuala Muda itu telah mengaku terbabit dalam kejadian samun berkenaan

Mior berkata, “Kami turut menahan isteri suspek berusia 30-an untuk membantu siasatan kerana isteri suspek berada sekali dalam kereta ketika suspek menyamun mangsa dan kedua-duanya akan direman bermula esok.

“Kami turut menggiatkan usaha untuk memburu seorang lagi suspek dipercayai rakan mangsa berusia 20-an dipercayai terbabit dalam kejadian samun berkenaan,” tambahnya.

Bukan setakat itu sahaja, siasatan mendapati terdapat tiga premis telah disamun oleh suspek kerana terdapat satu lagi kedai runcit 24 jam di kawasan sama telah menjadi sasaran kedua-dua suspek selepas menyamun dua premis lain iaitu kedai dobi dan kedai runcit.

Image via Google

Siasatan juga mendapati, pasangan suami isteri terbabit dikatakan positif dadah.

Kes juga masih disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan senjata.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kejadian telah berlaku di sebuah kedai dobi 24 jam dan video tersebut telah viral:

Ibu salah seorang suspek telah memuat naik status yang menyedihkan di laman Facebook:

You may be interested in: