seismik

Hukum Mengucapkan “Merry Christmas” Kepada Mereka Yang Beragama Kristian. Haram Ke Tak?

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah beberapa kali menjelaskan perkara ini.

Cover image via Google

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak

Image via Google

Dengan kepelbagaian kaum dan etnik ini maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.

Justeru, setiap rakyat dalam negara ini sepatutnya sudah lama memahami bahawa perkara berkaitan agama adalah amat sensitif dan perlu dihormati. Sejak bertahun-tahun lamanya, rakyat dalam negara ini sudah diasuh supaya menghormati agama, budaya dan amalan keagamaan bangsa lain.

Setiap kali tibanya bulan Disember, soalan yang sering berlegar-legar dalam kalangan umat Islam adalah, hukum mengucapkan "Merry Christmas" kepada mereka yang beragama Kristian

Perkara ini juga sering kali menimbulkan salah faham baik dalam kalangan bukan Muslim, malah umat Islam sendiri.

Image via Breitbart

Merry menurut English Oxford Living Dictionaries adalah “cheerful and lively” (ceria dan meriah) manakala Christmas pula bermaksud “The annual Christian festival celebrating Christ's birth, held on 25 December in the Western Church” (Festival tahunan penganut Kristian bagi menyambut kelahiran Christ, diadakan pada 25 Disember di Gereja Roman Katolik).

Membicarakan isu ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah mengeluarkan kenyataan tentang hukum mengucapkan "Merry Christmas" kepada penganut agama Kristian

Image via FMT

Terdapat berbeza pandangan dalam kalangan ulama' tentang hukum mengucapkan tahniah bagi perayaan bukan Muslim atau dalam konteks soalan, Hari Krismas. Ini kerana, sebahagian ulama’ yang mengharamkannya melihat ucapan “tahniah” ini membawa konotasi seakan mengiktiraf dan mengakui agama lain. Manakala, bagi ulama’ yang membenarkannya pula melihat ia cuma sebagai satu bentuk penghargaan dan tanda penghormatan atas dasar sesama manusia tanpa bertujuan mengiktiraf kebenaran agama lain.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Walau bagaimanapun, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, jumlah penganut Kristian di Malaysia adalah ketiga terbesar di Malaysia iaitu mencapai 9.2% daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Ia meliputi beberapa aliran dalam Kristian iaitu Anglican, Baptist, Brethren, gereja-gereja tanpa aliran khusus, gereja-gereja Karismatik, Lutheran, Methodist, Presbyterian dan Roman Catholic.

Melihat kepada hal ini, keberadaan dan hak mereka untuk hidup bersama-sama sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia perlu diraikan dengan sewajarnya.

Oleh yang demikian, setelah diamati dan ditekuni isu ini dengan berhemah, selain perbincangan dengan pakar serta kembali kepada rujukan yang muktabar, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat hukum mengucapkan "Merry Christmas" adalah HARUS

Sebagaimana firman Allah SWT:

Image via SAYS

Ayat di atas tidak hanya menggalakkan seseorang berlaku adil dan saksama kepada orang-orang yang bukan Muslim, yang tidak memerangi, iaitu tidak menunjukkan permusuhan kepada kaum Muslimin dalam agamanya. Tegasnya, mereka itu tidak menaruh niat permusuhan atau peperangan terhadap kaum Muslimin, malah ayat itu juga menggalakkan supaya berbuat baik dan memberikan layanan yang sempurna kepada mereka.

Image via Google

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan berkata, "Ucapan Merry Christmas adalah sekadar ungkapan untuk menzahirkan kegembiraan sambutan itu. Golongan Muslim boleh mengucapkannya kepada orang Kristian, dengan syarat mereka tidak memuliakan agamanya."

"Penting untuk kita wujudkan kesedaran mengenai perkara ini agar tak timbul sebarang kekeliruan. Hiduplah secara harmoni bersama agama-agama lain," tambahnya lagi.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Image via NST

Sebelum ini, beberapa kumpulan Muslim konservatif berkata, orang Islam tidak dibenarkan mengucap 'Merry Christmas' kepada penganut Kristian.

Boleh baca juga garis panduan orang Islam dalam merayakan Hari Kebesaran agama orang bukan Islam di laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: