"Kalau Sudah Diri Memang Langgar Hukum Allah, Diam Sahaja, Tak Perlu Dibanggakan"
Jangan dibanggakan dengan perbuatan lagha kita.
Pada era globalisasi ini, masyarakat dilihat semakin terbuka dalam mengamalkan gaya hidup bebas yang menjurus kepada masalah sosial dalam kalangan masyarakat
Masalah sosial yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat lebih-lebih di bandar adalah seperti pergaulan bebas, jenayah siber, penyalahgunaan dadah, ketagihan alkohol, aktiviti seks bebas, seks luar tabii, pembuangan bayi, lumba haram, jenayah ragut dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, aliran komunikasi masa kini hasildari pembangunan teknologi media sosial turut mempunyai impaknya tersendiri dimana permasalahan adab bersosial dalam kalangan masyarakat kini menjadi runcing akibat persekitaran sosial yang terlalu terbuka dan diluar kawalan.
Masyarakat sekarang dilihat begitu terbuka memperagakan kegiatan yang melanggar syariah Islam dalam media sosial masing-masing tanpa ada rasa segan-silu dan ini boleh menjadi penyumbang kepada pandangan negatif sesetengah pihak yang menganggap mereka bebas untuk melakukan apa sahaja yang diingini tanpa memperdulikan peradaban sosial dalam Islam.
Seorang pengguna Twitter iaitu @JazlieDawani telah berkongsikan satu thread menarik yang wajar dijadikan tatapan bersama tentang kebebasan dalam Islam
Saudara Jazlie telah memulakan berkongsian thread-nya dengan hujah daripada surah Al-Baqarah ayat 256 iaitu, 'Tiada paksaan dalam Islam'.
Ini hanyalah sekadar teguran untuk tidak berbangga dengan perkara lagha yang kita lakukan
Nak tegur boleh tapi tegurlah dengan cara berhemah dam lemah-lembut.
Nabi Muhammad SAW sendiri pun tak pernah berkasar dalam berdakwah dan menegur. Boleh semua?