seismik

Hukuman Penjara Remaja Dimandikan 'Jenazah' Digantikan Khidmat Masyarakat Selama 120 Jam

Semoga hukuman yang diterima dapat mengubah remaja ini untuk berubah.

Cover image via Amir Khalid/Utusan Malaysia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tular sebuah video di laman sosial yang memaparkan seorang remaja yang lengkap berpakaian dimandikan seperti 'jenazah' selepas ditangkap kerana mencuri tabung di sebuah masjid

Image via Twitter

Remaja berkenaan turut dilumur dengan kapur barus oleh sekumpulan pengurusan masjid sambil diawasi oleh beberapa penduduk kampung berkenaan.

Sebilangan warganet menyokong tindakan pengurusan masjid dan penduduk kampung sebagai pengajaran kepada remaja terbabit.

Namun demikian, sebilangan lagi mengecam perbuatan itu kerana mendakwa pihak masjid dan penduduk kampung mengambil tindakan sendiri dengan membelakangi undang-undang.

Walau bagaimanapun, remaja bernama Daniel Iskandar yang sebelum ini didapati bersalah dan terpaksa menjalani hukuman penjara 10 hari beserta denda RM4,000 kini telah menerima hukuman yang telah digantikan

Menerusi keputusan pihak Mahkamah Tinggi Shah Alam, Daniel Iskandar dilaporkan telah digantikan hukuman yang dikenakan dengan hukuman khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh 6 bulan.

Sebagai rekod, mahkamah menjatuhkan hukuman itu setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam selain bagi mencegah daripada orang lain melakukan kesalahan serupa.

Diharap hukuman terbaru yang diterima dapat mengubah remaja ini untuk berubah sekaligus dapat meninggalkan najis dadah agar situasi lepas tidak lagi berulang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: