seismik

Ikuti Dokumentari 'Misi K: Kemboja' Selami Kehidupan Di Daerah Terpencil 10 Julai Ini

Tonton di TV9 pada 10 Julai, hari Ahad pukul 7.30 malam.

Cover image via TV9

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sempena sambutan Aidiladha tahun ini, TV9 bakal menayangkan sebuah program tanggungjawab sosial berbentuk dokumentari iaitu Misi-K: Kemboja

Dokumentari yang akan disiarkan pada 10 Julai ini memaparkan kehidupan harian masyarakat Islam di beberapa daerah terpencil di Kemboja.

Dibawakan oleh pasukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Sukarelawan ASAS Sejahtera atau ASAS, program ini diketuai oleh Siti Noraishah Salim iaitu anak sulung kepada seniman negara Tan Sri SM Salim.

Menerusi dokumentari ini, penonton berpeluang melihat kehidupan harian masyarakat Islam di beberapa daerah terpencil di Kemboja seperti Wilayah Kampong Chhnang, Kampong Boeng (daerah Kampong Leaeng), Kampung Chrak Romiet (Daerah Kampong Leaeng), Daerah Kampong Tralach, Daerah Sameakki Mean Chey, Phum Ra dan Battambang.

Image via TV9

Menyelami isu kanak-kanak yang tidak bersekolah dan memberi taklimat mengenai kepentingan menjaga kesihatan

Antara sorotan yang dipaparkan adalah meninjau kawasan persekitaran dan menghulurkan sumbangan daripada masyarakat prihatin Malaysia.

Ini termasuk membaiki masjid, membaiki rumah dan sekolah supaya lebih selesa serta menyediakan pam air yang bersih untuk kegunaan mereka.

Mereka juga menyelami isu kanak-kanak yang tidak bersekolah dan memberi taklimat mengenai kepentingan menjaga kesihatan.

Masyarakat di sana terutamanya kanak-kanak dilihat begitu gembira dengan kehadiran pasukan sukarelawan ini tiba di sana.

Untuk mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim, mereka turut menganjurkan kenduri, masak bersama-sama penduduk kampung dan solat berjemaah dengan masyarakat setempat.

Saksikan sorotan istimewa Misi-K: Kemboja pada 10 Julai, Ahad jam 7.30 malam hanya di TV9.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV9, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi FacebookInstagram & Twitter serta TikTok.

Image via TV9

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: