Indah Rupa Dari Khabar, Wanita Berbangsa Cina Kongsi Keharmonian Ketika Hidup Di Kelantan
Seronok jika hidup di masyarakat berbilang kaum.
Hidup dalam masyarakat berbilang kaum dapat mengeratkan kesefahaman dan perpaduan
Iyalah, rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana penerimaan bangsa dan kaum di negara ini mendapat kesan positif dalam pembangunan negara.
Sama seperti tweet yang tular baru-baru ini di Twitter, kisah seorang wanita cina yang digelar sebagai 'Mek Yun' berkongsi suasana hidup dalam masyarakat majoriti muslim.
Berikut di bawah adalah untaian penuh di Twitter:
Mek Yun tidak pernah menghadapi isu perkauman ketika membesar di sana
Menerusi tweet yang dimuat naik oleh @NegeriKelantan di Twitter, wanita yang lebih selesa digelar Mek yun itu meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana membesar di negeri Kelantan.
Lebih menarik lagi, walaupun dia seorang wanita berbangsa Cina. Mek yun tidak pernah mengalami sebarang diskriminasi dan isu perkauman daripada masyakat Melayu dan Muslim
Melalui posting tersebut, Mek Yun juga turut berkongsi fotonya ketika membesar di Negeri Serambi Mekah tersebut.
"Orang Kelantan memang indah-indah belaka" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dan berkongsi pengalaman mereka ketika membesar di negeri Kelantan.
Ketika artikel ini ditulis, tweet tersebut turut meraih 1487 retweet, 115 qoute tweet dan 3138 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada warganet di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!