seismik

"Kreatif" - Guru Lelaki Buat Keceriaan Kelas Guna Gambar Murid Ini Raih Pujian Ramai

Kenapa lah dulu tak pernah terfikir nak buat macam ini.

Cover image via @cekguzul (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, pertandingan keceriaan kelas merupakan acara yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga sekolah

Teringat ketika berada di zaman bersekolahan, guru-guru pasti merupakan antara individu yang paling bersemangat apabila berlangsungnya acara keceriaan kelas.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini, tindakan seorang guru lelaki yang mencetak semua gambar anak murid-muridnya demi keceriaan kelas telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu bawah:

Cetak gambar setiap murid dengan kertas saiz A4

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @cekguzul di TikToknya, gelagat seorang guru lelaki yang sanggup mencetak gambar setiap seorang murid-murid di kelasnya dengan saiz A4 jadi tumpuan ramai.

Apa yang lebih menarik lagi adalah apabila tugasan keceriaan tersebut turut mendapat sokongan dan semangat daripada para pelajar.

Rata-rata warganet turut memuji dan berkongsi pengalaman mereka ketika berada pada zaman persekolahan.

"Nampak riak wajah happy budak-budak itu" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji hasil tangan guru lelaki itu dan murid-muridnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 563.5K tontonan, 69.6K tanda suka dan 1.6K komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Rasa macam nak deko bilik sendiri je lah :D

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: