seismik

"Ingat Ustaz Azhar Idrus" - Lelaki Berusia 60 Tahun Ini Tunjuk Skil Lawan Orang Muda

Power lah pak cik.

Cover image via @nabishev_ahmad (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Faktor umur kadang kala akan menghalang kita daripada melakukan sesuatu perkara

Iyalah, kita semakin lama semakin berumur bukan muda betul tak? Jadi, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan demi menjaga diri.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang lelaki warga emas menunjukkan skilnya berlawan dengan anak muda telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@nabishev_ahmad 60 летний Воркаутер #nabishev_ahmad ATOMIC

Bukti warga emas juga mampu lakukan

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan pemuda berada di sebuah kawasan riadah bersama dengan seorang pak cik.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pak cik berkenaan dilihat turut membuka bajunya untuk berlawan dengan seorang pemuda.

Kedua-dua mereka dilihat begitu hebat mempamerkan aksi masing-masing tanpa salah seorang pun yang jatuh awal.

"Ni biasa atuk-atuk yang train watak utama anime" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 11M views, 381.7K likes dan 2,108 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bukan biasa-biasa pak cik ni, hebat tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: