seismik

Ingin Bercuti Di Genting Highlands? Ini 5 Perkara Yang Anda WAJIB Tahu Sebelum Pergi

Jom pergi hujung minggu ini. Dekat je.

Cover image via Resorts World Genting & SAYS

Umum sedia maklum, suhu nyaman dan pemandangan mempesonakan di Genting Highlands menjadikan ia sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati sesiapa sahaja

Selain itu, kedudukannya yang terletak tidak jauh dari bandar membuatkan ia menjadi destinasi percutian pilihan setiap kali tiba musim cuti ataupun di hujung minggu.

Oleh itu, baru-baru ini penulis dan rakan media serta blogger diberi peluang oleh pihak Resorts World Genting untuk merasai sendiri tarikan terbaru yang ada di Genting Highlands.

Lebih-lebih lagi pada musim wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini, pastinya ramai ingin tahu bagaimana keadaannya jika ingin datang ke sini.  

Jangan risau bagi anda yang ingin merancang untuk pergi ke Genting Highlands dalam masa terdekat ini.

Berikut ialah antara perkara yang anda perlu tahu:

1. First World Hotel telah memperkenalkan digital key yang baru untuk para pengunjung

Image via SAYS

Penggunaan digital key itu adalah bertujuan bagi mengurangkan pengunjung yang mahu menginap daripada berinteraksi dengan kakitangan penyambut tetamu.

Hal ini kerana, digital key itu akan disimpan di aplikasi Resorts World Genting pada telefon pintar anda. Imbas atau dapatkan kod pengaktifan QR anda dari kaunter penyambut tetamu hotel dan buka kunci pintu bilik anda melalui bluetooth.

Pengunjung akan mengambil masa kurang dari 10 saat sahaja untuk membuka pintu bilik mereka. Selain itu, jika anda ingin check out tidak perlu lagi beratur panjang untuk memulangkannya kerana semuanya hanya di 'hujung jari'. Mudah bukan?


2. Genting Highlands Premium Outlet menawarkan potongan atau diskaun sehingga 65% setiap hari

Pernah dengar tentang Johor Premium Outlets? Jangan tak tahu, di kawasan tanah tinggi ini pun ada Premium Outlets sendiri iaitu Genting Highlands Premium Outlets. Bercuti di kawasan peranginan sambil 'bershopping' sakan barangan branded yang murah, kedengaran seperti satu percutian yang sempurna bukan?

Anda juga boleh mengambil kesempatan ini untuk membeli minyak wangi berjenama kegemaran anda dengan harga yang berpatutan. Selain itu, anda juga boleh pergi ke First World Plaza dan Sky Avenue serta berbelanja barangan di sana.

3. Skytropolis Indoor Theme Park adalah taman tema indoor yang hebat untuk semua orang!

Taman tema ini mungkin merupakan antara sebab utama anda ingin pergi ke Genting Highlands. Anda boleh membeli pas tanpa had 1 hari dan mencuba semua permainan di sini.

Kami bernasib baik dapat mencuba salah satu permainan iaitu menaiki kereta bumper dan ia sudah cukup menggembirakan. Permainan lain yang anda mesti cuba adalah Loop de Loop dan Merry-Go-Round. 

Suasana di Skytropolis juga sangat cantik kerana ia menawarkan skrin LED mega yang besar di siling atas untuk menerangi seluruh taman tema ini.

Image via SAYS

Setiap jenis permainan yang ada dan penghalang logam di sini turut selalu disapu dengan pembasmi kuman setiap kali penggunaannya.

Jadi anda tak perlu risau dan tahu semuanya pasti bersih. Pekerja mereka juga ada menambah penanda lantai dan jarak tempat duduk di setiap jenis permainan untuk memastikan anda kekal menjaga penjarakan fizikal.

4. Terdapat tarikan virtual reality yang sangat menarik untuk dicuba terutamanya The Void dan Sky VR!

Image via SAYS

Kami berpeluang mencuba sendiri pengalaman di XD Theatre di Sky VR dan bermain permainan simulasi 'Carnival', di mana kami harus menembak badut yang jahat. Semuanya kelihatan begitu nyata kerana kami memakai cermin mata 3D seolah-olah seperti badut itu melompat keluar dari skrin untuk menyerang kami.

Selain itu juga, ia adalah suatu pengalaman multi-sensory kerana kerusi ada akan 'tersentak' beberapa kali dan terdapat angin yang datang dari lubang tersembunyi.

Permainan Sky VR juga lebih kerap dibersihkan dengan pembasmi kuman. Contohnya seperti cermin mata 3D dan pistol di XD Theatre yang dibersihkan selepas setiap kali penggunaannya. Tempat duduk dan bar juga dilap secara berkala, serta mereka yang menaiki kenderaan permainan juga dijarakkan antara satu sama lain.

Harga untuk permainan Sky VR bermula dari RM15 ketika artikel ini ditulis. Namun, untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web Resorts World Genting.

5. Keselamatan pengunjung dan pekerja juga diutamakan di Resorts World Genting

Image via SAYS

Resorts World Genting juga telah meletakkan alat pengimbas termal untuk mendapatkan suhu setiap orang. Selain itu, taman tema ini juga mematuhi protokol yang ketat daripada kerajaan kerana keselamatan semua orang adalah keutamaan nombor satu di Resorts World Genting ketika ini.

Dalam pada itu, kakitangan di Resorts World Genting juga harus menjalani prosedur onboarding yang sangat ketat sebelum mereka diberi 'lampu hijau' untuk berinteraksi dengan para pengunjung.

Mereka turut akan menjalani pemeriksaan suhu serta swab test Covid-19 atau antibodi bergantung kepada risiko kesihatan mereka. Semua ini berlaku ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, jadi anda tidak perlu risau kerana orang yang anda sayangi semuanya tidak berada dalam bahaya.

Secara keseluruhannya, Resorts World Genting telah mengambil banyak langkah berjaga-jaga untuk memastikan anda berasa selamat ketika berkunjung ke sini.

Apa yang harus anda lakukan adalah hanya dengan berehat dan menikmatinya bersama dengan orang tersayang!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik yang lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: