Kalau Pergi Terengganu, WAJIB Singgah 10 Tempat Menarik Ini. Memang Puas Hati, Percayalah!
Ada yang 'kaki travel' tak kat sini?
Cover image via Twitter @piqicapieqMengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia baru-baru ini menunjukkan bahawa sebanyak 71% rakyat Malaysia lebih memilih untuk melancong dalam negara pada ketika ini
Manakala, 94% rakyat Malaysia pula memilih destinasi pelancongan domestik yang memfokuskan kebersihan dan keselamatan terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.
Tambahan pula, sebagai rakyat Malaysia kita semua digalakkan untuk berbelanja dan bercuti dalam negara buat masa kini bertujuan untuk membantu menaikkan lagi ekonomi negara setelah wabak pandemik Covid-19 melanda.
Yang penting, patuhi setiap SOP dan langkah berjaga-jaga yang telah disediakan.
Image via Google
Begitupun, jika anda seorang 'kaki travel' tegar, mungkin boleh mula berjalan-jalan dalam negara terlebih dahulu dan cari tempat menarik di setiap negeri.
Boleh mulakan dengan negeri Terengganu dulu. Banyak juga tempat best!
Kalau tak tahu nak pergi ke mana, boleh rujuk senarai di bawah ini untuk tempat menarik di sekitar negeri Terengganu.
Mungkin ada yang masih belum pernah pergi tapi selalu dengar, inilah peluang anda semua boleh pergi dan rasainya sendiri.
Amacam?
Image via null
1. Nasi Dagang Atas Tol
2. Pokok 'apple' Pantai Rusila
3. Pulau Kapas
4. Jeti Marang
5. Pantai Jambu Bongkok
6. Lata Tembakah & Masjid Kristal
7. Jambatan Angkat Kuala Terengganu
8. Seafood Kuala Ibai Bawah Jambatan
Sambil merasai kesedapan masakan panasnya, anda boleh menyaksikan keindahan sekitar sungai yang sungguh mendamaikan jiwa dengan kehadiran sampan dan para pencari ketam. Memang menarik!
Bermacam jenis pilihan masakan seafood terdapat di sini, antaranya adalah ikan, kerang, ketam dan sotong, sungguh enak untuk dimasak celup tepung.
9. Warung Pok Nong
Image via Nizam Mokhtar
Bila sampai di Terengganu, tak sah rasanya kalau tak singgah makan ikan celup tepung. Kalau lalu di sekitar pantai Terengganu memang tak susah nak jumpa kedai yang jual hidangan ini. Namun begitu, dalam banyak-banyak gerai yang ada, salah satu yang menjadi buah mulut orang ramai adalah di Warung Pok Nong.
10. Pasar Payang
Image via Expedia
Kalau anda hendak bawa pulang buah tangan hasil Terengganu datanglah ke Pasar Besar Kedai Payang. Terdapat bermacam produk yang dijual di sini seperti sutera, songket, batik, periuk belanga, makanan hasil laut Terengganu seperti keropok, rempah nasi dagang ikan masin dan banyak lagi.
P/S: Kalau anda ada lagi senarai yang nak ditambah, boleh tinggalkan di ruangan komen okay 🙂
Image via SAYS Seismik

