seismik

Ini 5 Syarikat Dengan Gaji Tertinggi Di Malaysia Menurut Glassdoor & LinkedIn

Wah, masyuk!

Cover image via Shell & Kosmo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, mencari pekerjaan bukanlah perkara yang mudah kerana banyak persaingan

Tidak dinafikan, ramai yang mengimpikan gaji yang tinggi untuk menyara kehidupan apda hari ini. Iyalah semuanya mahal betul tak?

Sesetengah syarikat memang ada yang menawarkan gaji yang lumayan. Anda pasti tertanya-tanyakan berapakah agaknya bekerja di syarikat-syarikat tersebut.

Berikut di bawah antara senarai syarikat yang membayar gaji tertinggi di Malaysia, berdasarkan data daripada Glassdoor dan LinkedIn.

1. Shell Malaysia - gaji purata RM10,675

Image via Shell Malaysia

Shell ialah syarikat tenaga global dengan kira-kira 87,000 pekerja di lebih 70 negara. Mereka melayani lebih 30 juta pelanggan di hampir 46,000 stesen servis runcit setiap hari.

Strategi mereka adalah untuk mempercepatkan peralihan perniagaan kepada pelepasan sifar bersih, secara sengaja dan menguntungkan.

Gaji purata: RM10,675 

Bilangan pekerja: Lebih 6,000 orang di Malaysia

Industri: Minyak & Gas

Lokasi: Cyberjaya, Kuala Lumpur, Sarawak

2. PETRONAS - gaji purata RM6,900

Image via PETRONAS

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) ialah syarikat minyak dan gas negara Malaysia, mereka komited untuk memperkasakan kemajuan masyarakat dengan cara yang bertanggungjawab dan mampan.

Gaji purata: RM6,900 

Bilangan pekerja: Lebih 47,700 orang di seluruh dunia

Industri: Minyak & Gas

Lokasi: Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur

3. Nestlé Malaysia - gaji purata RM6,300

Image via Nestlé

Ditubuhkan pada tahun 1866, Nestlé ialah syarikat makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat yang berpangkalan di Switzerland, jenama ini menawarkan produk dan perkhidmatan untuk semua peringkat kehidupan, daripada susu bayi kepada makanan ringan, makanan dan banyak lagi.

Gaji purata: RM6,300

Bilangan pekerja: Lebih 5,000 orang di Malaysia

Industri: Perkhidmatan Makanan & Minuman

Lokasi: Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak, Sabah, Sarawak

4. CIMB Group Holdings - gaji purata RM6,100

Image via Capital Post

CIMB Group ialah bank universal ASEAN yang terkemuka, salah satu bank pelaburan Asia terbesar dan salah satu bank Islam terbesar di dunia.

Gaji purata: RM6,100 (berdasarkan 575 gaji daripada 570 jawatan)

Bilangan pekerja: Lebih 17,000 orang di Malaysia

Industri: Perbankan & Perkhidmatan Kewangan

Lokasi: Cawangan seluruh Malaysia, HQ di Kuala Lumpur

5. Maybank - gaji purata RM5,650

Image via Reuters

Kumpulan Maybank ialah penyedia perkhidmatan kewangan terkemuka di Malaysia, memenuhi keperluan pengguna, pelabur, usahawan, organisasi dan syarikat. Kumpulan itu telah berkembang di peringkat antarabangsa, mempunyai rangkaian terbesar dalam kalangan bank Malaysia dengan lebih 2,400 cawangan dan pejabat di 20 negara.

Gaji purata: RM5,650 

Bilangan pekerja: Lebih 46,000 orang di Malaysia

Industri: Perbankan & Perkhidmatan Kewangan

Lokasi: Cawangan seluruh Malaysia, HQ di Kuala Lumpur

Ada yang berminat nak bekerja dengan salah satu syarikat ini tak? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: