Ini Cara Lapor Individu Yang Merokok & Vape Di Tempat Larangan Guna MySejahtera
KKM melancarkan MyLapor pada aplikasi MySejahtera yang membolehkan rakyat Malaysia melaporkan kesalahan merokok dan penggunaan vape.
Cover image via MySejahtera Malaysia (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Kesihatan (KKM) telah memperkenalkan ciri baharu pada aplikasi MySejahtera iaitu MyLapor, yang direka untuk membantu rakyat Malaysia melaporkan pelanggaran peraturan merokok dan penggunaan vape
Saluran aduan digital ini membolehkan orang ramai melaporkan pesalah yang merokok di mana-mana daripada 28 zon larangan merokok yang ditetapkan di seluruh negara.
Kawasan larangan ini termasuk restoran, hospital, lapangan terbang dan kompleks beli-belah.
Selain melaporkan individu yang merokok di kawasan larangan, pengguna juga boleh melaporkan kesalahan lain yang berkaitan
Melalui platform ini, orang ramai boleh membuat aduan mengenai individu di bawah umur yang didapati merokok atau menggunakan vape.
Sistem ini merupakan sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk membanteras pelbagai kesalahan berkaitan merokok serta melindungi kesihatan awam.
Walaupun sesetengah pihak mungkin telah membuang aplikasi tersebut selepas pandemik, rakyat Malaysia digalakkan untuk mengekalkannya pada peranti masing-masing bagi tujuan ini.
Berikut ialah panduan ringkas tentang cara anda boleh menggunakan ciri MyLapor untuk mengemukakan aduan:
- LANGKAH 1: Buka aplikasi MySejahtera anda dan klik ikon MyLapor yang terdapat pada menu shortcuts.
- LANGKAH 2: Klik pilihan "Submit your concern here" dan pilih aktiviti merokok atau vape khusus yang ingin anda laporkan.
Anda juga boleh memuat naik foto kejadian untuk membantu pihak berkuasa, menetapkan lokasi yang tepat dan kemudian menghantar laporan anda.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


