Ini Sebab Kenapa Ikan Bandaraya Tidak Boleh Sesuka Hati Dilepaskan Dalam Kolam/Sungai
Bahayanya!
Penggemar ikan pasti tahu tentang Ikan Bandaraya atau lebih dikenali sebagai Plecostomus. Atau singkatannya, 'plecos' atau 'plecs'.
Ikan ini sememangnya wajib ada di dalam aquarium kerana tabiat ikan ini yang suka memakan Alga dan sisa makanan yang ditinggalkan dalam aquarium termasuklah bangkai ikan yang telah mati.
Bukan setakat itu sahaja, jika ada Alga yang melekat pada cermin dan menyebabkan ianya kotor, ikan bandaraya juga akan membersihkannya.
Saiz ikan ini kebiasaannya lebih kurang 8 cm (3.1 inci) dan ianya boleh membesar sehingga 60 cm (24 inci).
Ikan ini sifatnya pemalu dan tidak agresif secara umumnya.
Namun, jika ianya diperlihara bersama ikan bersifat agresif, ia boleh menjadi seperti ikan yang lain. Tambahan lagi, semakin matang dan besar ikan ini mungkin akan menjadi lebih agresif.
Tahukah anda bahawa Ikan Bandaraya adalah sangat berbahaya untuk dilepaskan di kolam atau sungai?
Seorang pengguna Twitter iaitu Innanie Ariffin telah mengupas tentang isu bahayanya ikan bandaraya ini terhadap ekosistem dan manusia jika ianya dilepaskan begitu sahaja.
Perkongsian tersebut telah meraih sebanyak 23k retweets ketika artikel ini ditulis. Baca penuh di bawah:
Ikan ini juga mempunyai kemampuan untuk memakan spesisnya sendiri yang bersaiz kecil.
Bukan setakat itu sahaja, logam pun boleh dimakan!
Kerajaan di Indonesia telah mengeluarkan amaran untuk tidak melepaskan ikan bandaraya ini di perairan umum kerana sangat berisiko tinggi
Lihat video di bawah untuk mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh Indonesia bagi mengawal ikan jenis ini:
Paling teruk, ikan jenis ini juga turut memberikan kesan negatif terhadap segelintir penduduk kampung yang ingin mencari rezeki.
Sebabnya?
Mungkin cadangan di bawah boleh digunakan untuk mengawal ikan bandaraya ini daripada membahayakan spesis lain:
Sumber: Twitter @fateeninnanie