seismik

Jaga-Jaga! Khidmat Tentera Mungkin Terpaksa Digunakan Jika Rakyat Masih Degil

Duduk rumah!

Cover image via seademon

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan pada Isnin lalu bagi menangani wabak Covid-19 dari terus merebak

Meskipun sudah mula berkuat kuasa sejak semalam, masih ramai rakyat Malaysia yang dilihat mengambil mudah akan perkara itu dan tidak mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Melihat kepada situasi itu, Muhyiddin pada malam tadi juga turut merayu kepada seluruh rakyat agar menuruti arahan yang diberikan dan duduk di rumah sepanjang tempoh kawalan.

Terbaru, Kementerian Pertahanan memaklumkan pihaknya mungkin terpaksa menggunakan khidmat tentera jika rakyat masih ingkar untuk mematuhi segala arahan

Image via sinar harian

Memetik laporan Berita Harian, Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin perlu digunakan bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya rakyat masih bersikap degil.

Jelasnya, khidmat anggota tentera boleh digunakan di kawasan kampung manakala polis pula akan menguatkuasakan perintah di bandar.

"(Sedia) guna tentera kalau ingkar (sebab) kampung tak cukup polis. Susah kawalan di kampung kalau RELA tak mampu, tentera mungkin digunakan di kampung, polis di bandar.

"Kalau (kadar) pematuhan tidak meningkat juga, pihak polis akan gunakan tindakan undang-undang dan tindakan tegas lagi ini. Saya harap, ia tidak perlu jika pematuhannya meningkat," katanya.

Beliau berkata pihak kementeriannya sedia berbuat demikian bagi mengurangkan pergerakan orang ramai

Image via keluarga

Katanya sehingga semalam, tahap pematuhan rakyat adalah sekitar 60 peratus dan kerajaan mahu angka ini dinaikkan dalam masa terdekat ini.

Sabri dalam pada itu berkata polis juga sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk bertindak mempertingkatkan sekatan ini.

"Setakat ini hanya adakan pengumuman dan hebahan dulu. Semalam kita tunjukkan video oleh pihak polis buat hebahan dan pengumuman di seluruh negara.

"Jabatan Penerangan juga akan adakan hebahan kepada masyarakat. Walaupun kita benarkan rakyat keluar beli barang, cuba jarakkan diri apabila berada di kawasan ramai," katanya.

Buat rakyat Malaysia, tolonglah patuhi arahan, mudahkan kerja pihak berkuasa.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019di SAYS: