seismik

"Ternganga Tengok Mamat Depan Tapau 10 Bag Tisu Jamban! Banyaknya J*bur Kat Rumah" - LCW

Adui boleh tahan lawak Datuk Lee Chong Wei ni!

Cover image via Instagram @leechongwei & malaymail

Wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia telah menimbulkan rasa panik dalam kalangan penduduk

Image via kontan

Di Malaysia, susulan daripada peningkatan wabak itu setiap hari, masyarakat mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan beberapa perkara yang 'luar biasa' termasuklah membuat panic buying atau dalam bahasa mudahnya pembelian panik.

Situasi ini boleh dilihat pada Isnin lalu, iaitu beberapa jam sebelum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk membuat Perintah Kawalan Pergerakan. 

Pada hari tersebut, rata-rata pasaraya dikunjungi oleh pengunjung yang sangat ramai malah mereka juga membuat pembelian barang dengan begitu banyak kerana risau bekalan rumah tidak mencukupi sepanjang tempoh kawalan.

Turut tidak ketinggalan merasai pengalaman itu ialah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Di laman Instagram peribadinya, Chong Wei menceritakan situasi yang berlaku pada beberapa hari lalu ketika berdepan dengan pembelian panik

View this post on Instagram

Dua hari lepas, ada khabar angin restriction order berkenaan coronavirus ni. So Mew Choo pon suruh pergi beli ape yg patut untuk 2 minggu ni. Wife add maths lagi terrer, so ikot shopping list wife. Family 4 orang, ayam 5 ekor, beras 1 bag, sayur 2 minggu, Maggie 2 pack, telor 2 dozen, buah, toilet paper 1 bag. Tapi time I sampai supermarket, aduhai! Ramainyer auntie2 makcik2, macam lumba marathon trolly! Kalah Khairul Jantan! Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife. Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tgk mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer jubur kat rumah. (Toilet papers are important during previous pandemic period due to unclean water and psychological effect) Datang suatu suara menyeru dari belakang, ”Lee, nah amik bag ni. I terambik 2. Tadi tgk sumer rebut tapao wa pon terikot amik extra, ntah kenape, bukan I pakai untuk basuh pon!“ Dia Nazir, sahabat yang tinggal berhampiran. Kita tergelak and catch up sket. Selepas tu, makin ramai gangster trolly serbu, I pon terus cabut, sebab I tau virus ni merebak mudah. Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya. Dan I minta tolong semua duduk di rumah jgn keluar sementara ni. Jangan balik kampong macam cuti raya. Ko mungkin ok, tapi yg mati nnt orang tersayang. Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panic. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat. Kepada frontliners, para doctor, missi, kakitangan hospital dan juga cashier pasaraya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk kehormatan dari saya! Cara paling baik kita membalas budi dan bersumbang, is to #STAYHOME #JUSTSTAYATHOME #STAYHOMESAFELIFES #WEAREMALAYSIAN #MALAYSIABOLEH

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Katanya, kunjungan beliau ke pasaraya itu dibuat selepas isterinya, Wong Mew Choo mengarahkannya untuk membeli bekalan makanan dan barangan keperluan bagi tempoh 2 minggu.

Namun ceritanya, selepas sahaja tiba di pasaraya tersebut, beliau menyaksikan ramai pengunjung di situ yang sedang membuat pembelian panik.

Apa yang membuatkan dirinya lebih terkedu apabila melihat seorang individu membeli tisu tandas dengan kuantiti yang begitu banyak sehingga ketiadaan stok. Namun, dirinya bernasib baik apabila seorang temannya yang secara kebetulan turut berada di situ membuat tawaran untuk memberikan satu paket tisu kepadanya.

Dalam posting tersebut, Chong Wei sempat menitipkan pesan agar masyarakat tidak cemas dalam menghadapi situasi ini. Percaya bahawa wabak ini akan berakhir suatu hari ini, Chong Wei berkata seluruh masyarakat tanpa mengira kaum patut berganding bahu dan menolong antara satu sama lain dalam menghadapi situasi kritikal seperti ini.

Posting serta kapsyen yang dibuat Chong Wei itu telah berjaya menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan cara penceritaan beliau

Kelakar juga Datuk Lee Chong Wei ni. Apa pun, pesanan yang cuba disampaikan olehnya itu diharapkan sampai kepada seluruh masyarakat.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: