Jangan Buang Plastik Lampin Drypers. Boleh Collect Points Dan Redeem Banyak Hadiah Free!
Boleh mula kumpul dan tebus hadiah banyak-banyak.
Terdapat berpuluh-puluh jenama lampin pakai buang yang berada di pasaran sekarang. Malahan, iklan berkenaan produk tersebut juga boleh ditonton dan dilihat setiap hari sama ada di televisyen, akhbar atau saluran media yang lain.
Ini menunjukkan bahawa rata-rata ibu bapa sekarang tidak lagi mengunakan kain lampin untuk anak mereka dan menggantikannya dengan lampin pakai buang yang lebih praktikal dan efisien.
Kebanyakan ibu bapa zaman sekarang bekerja dan mempunyai masa yang terhad untuk menguruskan perihal anak-anak. jadi pengunaan lampin pakai buang ini sangatlah membantu!
Untuk ibu bapa yang menggunakan jenama lampin Drypers, ada berita gembira buat anda semua!
Melalui perkongsian di Facebook Mohd Fairus Othman yang telah mendapat lebih 45 ribu shares, ibu bapa yang menggunakan jenama lampin Drypers boleh menebus hadiah yang menarik dengan hanya menyimpan plastik bungkusan lampin tersebut.
Mesti ramai yang tak tahu sebelum ini, kan?
1.
Ini dia langkah-langkahnya:
Gunting plastik Drypers dan cari kod unik di bahagian dalam. Jangan sampai tergunting kod unik tu pulak ya!2. Buka website rasmi Drypers dan jangan lupa daftar masuk terlebih dahulu
4. Kemudian masukkan kod unik yang ada pada bahagian dalam plastik itu tadi
5. Selepas itu, pergi semula ke homepage, cari dan klik pada 'Point Shop'
6. Tadaaa! Anda dah boleh pilih barang untuk ditebus berdasarkan jumlah points yang anda telah kumpul
Lagi banyak points lagi best barang yang boleh anda tebus tau!