seismik

"Jangan Pandang Rendah Orang Lemah Bahasa Inggeris" - TokTi Beri Nasihat Pada Netizen

Semua orang pun nak cuba mahir.

Cover image via @sitizones.official (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menguasai sesuatu bahasa selain bahasa ibunda kita sememangnya bukan perkara yang mudah

Tambahan pula jika kita betul-betul mahu mahir, memang mengambil masa yang lama untuk menguasainya. Namun, itu semua terpulang kepada kebolehan masing-masing.

Tak sepatutnya kita mempersendakan seseorang jika mereka tidak pandai atau mahir dalam sesuatu bahasa itu, contohnya seperti bahasa Inggeris. Bukan semuanya mahir, tetapi sekurang-kurangnya mencuba.

Perkara itu turut ditekankan oleh penyanyi terkenal Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza yang juga berkongsi perkara sama apabila cuba bertutur dalam bahasa Inggeris.

Lihat video itu di bawah:

Akui masih belajar dan cuba mahirkan diri dalam penguasaan bahasa Inggeris

Menerusi video tersebut, kelihatan beliau semasa itu sedang ditemebual mengenai topik tentang penguasaan bahasa Inggeris.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa beliau juga tidaklah terlalu mahir tetapi beliau juga masih belajar dan cuba untuk membetulkan kesilapan jika ada salah.

“Saya mungkin kurang keyakinan untuk berbuat demikian, tetapi saya dapati diri saya boleh bercakap dalam bahasa Inggeris ketika berada di luar negara atau ketika saya berada di antara mereka yang tidak menilai,” katanya.

Dia juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mempersendakan mereka yang pemahaman bahasa Inggeris mungkin tidak sempurna.

Sebarang kesilapan yang dibuat hendaklah ditunjukkan dengan cara yang betul, supaya mereka yang kurang mahir dapat belajar untuk meningkatkan bahasa Inggeris mereka, tambahnya.

"Sebab orang kita selalu mengejek kalau salah atau bunyi pelik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut menyokong dan memberikan pandangan mereka masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 421.6K views, 15.6K likes dan 695 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Semua orang tak perfect, jadi jangan mudah menilai ya ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: