seismik

10 Jenis 'Malaysian Food' Yang Korang Mesti Akan Rindu Kalau Duduk Di Luar Negara

Serius terus 'homesick'!

Cover image via SAYS

Kalau dekat luar negara, apa je yang selalu korang makan?

Image via Young Scot

Tak dapat dinafikan, jauh mana pun korang pergi tapi mesti rumah jugaklah tempat yang paling best. Begitu jugak lah bila masuk bab makanan ni kan. Selalunya perkara ini mesti berlaku dalam kalangan pelajar yang sambung belajar di luar negara, tak pun antara korang yang merantau sampai ke negara orang tu.

Baru dua tiga minggu memang tak rasa apa, seronok pun tak habis lagi. Tapi bila dah masuk sebulan, mulalah rindu tu datang. Lagi-lagi bila duduk sorang, dekat negara orang lagi. Rasa sunyi, rindu pulak dekat kampung halaman terutamanya makanan lah kan.

Mesti korang pun pernah alami perkara ni kan, jom tengok antara makanan Malaysia yang memang confirm buat korang terus homesick!

Sarapan

1. Nasi Lemak

Image via GIPHY

Ini dia, makanan sarapan yang paling agung di Malaysia. Tipu lah kalau korang tak rindu nak makan nasi yang penuh dengan rasa lemak dihidangkan pula dengan sambal yang pedas dan telur goreng. Memang terliur!

2. Roti Canai

Image via GIPHY

Ini pula satu lagi sarapan yang memang Malaysians takkan boleh lupakan! Nak dapatkan yang instant memang banyak jual tapi rasa dia takkan sama dengan roti canai orginal dari dapur mamak.

Makan tengahari

3. Asam Pedas

Image via GIPHY

Lauk ni bukan senang-senang nak cari dekat negara orang tau. Kalau nak masak pun, bahan pulak jadi masalah. Bayangkan dapat asam pedas dengan telur masin, nikmatnya tak terkata lah!

4. Gulai Tempoyak Cili Padi

Image via GIPHY

Kalau tadi asam pedas, ni pulak gulai tempoyak cili padi yang memang power! Bukan senang tau nak dapat hasil yang bagus kalau cuba masak lauk ni. Boleh demam ni teringatkan gulai tempoyak ni.

5. Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Image via GIPHY

Wah antara makanan favourite orang-orang kampung. Yelah, orang kampung merantau sampai ke negara orang memang teringat lah masakan kampung. Nak dapatkan dekat negara luar memang impossible lah. Balik nanti tak kira, nak ibu yang masak!

Makan petang

6. Laksa

Image via GIPHY

Ini pulak antara makanan kegemaran waktu-waktu petang, laksa ni kalau dapat pulak kuah isi ikan yang pekat memang best! Kalau dekat KL dapatlah satu mangkuk RM4.50, tapi kalau dekat London mana nak cari nak oi. Meleleh dah air liur!

7. Cendol

Image via GIPHY

Waktu summer disana mesti buat korang teringin makan benda yang sejuk je kan, tapi sebab kan lidah orang Malaysia memang pencuci mulut ni lah yang melekat dekat kepala! Sedapnya lah kalau dapat, tambah pulak kalau letak durian.

Bulan puasa

8. Murtabak

Image via GIPHY

Bulan Ramadhan bulan yang paling mulia, tapi waktu ni jugaklah nafsu makan diuji. Lagi-lagi bila duduk jauh, semua makanan teringat. Bayangkan kalau dapat murtabak ayam campur daging, letak pulak cheese, meleleh terus!

9. Kuih Tepung Pelita

Image via GIPHY

Tak sah lah bulan puasa kalau tak makan kuih ni kan, memang rasa manis tu cukup nikmat waktu berbuka. Tapi manalah nak cari kan, dekat Malaysia je ada.

Setiap masa

10. Masakan Ibu

Image via Tanda Pagar

Akhirnya, makanan yang paling korang rindu mestilah air tangan ibu kan. Yang ni, tak kisah pergi mana pun memang tak boleh jumpa pengganti. Bau je dah boleh buat perut yang lapar ni terus kenyang, rindunya nak rasa ibu masak. Cuti semester nanti boleh lah balik lama sikit kan, dah lama sangat kempunan ni!

Tak sukanya perasaan ni, semua makanan ni buat kepala pening. Kalau boleh nak balik Malaysia sekarang jugak!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Khas untuk korang yang suka makan makanan pedas!

You may be interested in:

Leave a comment