Jho Low Didakwa Terlibat Dalam Skandal Seks Bersama Seungri Big Bang Pada 2014
Jho Low lagi?
Nama Jho Low sekali lagi trending no 1 di arena Twitter hari ini, 28 Mei 2019
Laporan mengatakan bahawa YG Entertainment, sebuah syarikat hiburan gergasi di Korea Selatan mengesyaki Jho Low telah terlibat dalam skandal seks bersama seorang anggota Big Bang iaitu Seungri.
Jho Low merupakan salah seorang daripada dua pelabur Asia Tenggara yang didakwa telah menyediakan perkhidmatan seks pada tahun 2014.
Skandal seks Seungri mula dilaporkan sejak April 2019 setelah polis Korea mengesahkan beberapa dakwaan
Seungri dituduh menawarkan perkhidmatan seks kepada calon pelabur dari luar negara di kelab malam di Gangnam pada tahun 2015 dan mengadakan satu acara yang sama pada hari jadi beliau di Filipina pada Disember 2017.
Selain itu, Seungri juga sedang disiasat atas penggunaan dadah yang menyalahi undang-undang dan keganasan seksual di Burning Sun, sebuah kelab malam di mana dia didakwa melabur wang tunai, dan berkongsi video seks dengan rakan-rakannya.
Berbalik kepada Jho Low, isu ini telah dibincangkan oleh saluran media MBC di Korea dalam rancangan berjudul 'Straight' dan diceritakan oleh seorang pengguna Twitter @neoliveson
@neoliveson menerusi bebenang di Twitter menceritakan secara terperinci tentang intipati rancangan tersebut.
Episod 'Straight' kali ini membongkar bahawa dalam masa kurang 2 bulan selepas Burning Sun ditutup, sebuah kelab malam baru telah dibuka pada akhir bulan lepas yang diberi nama Label. Ironinya, kebanyakan pekerjanya adalah dari kelab malam Burning Sun.
Turut terpapar tulisan 'King Is Back' di kelab malam Label yang seolah-olah menandakan 'Raja Telah Kembali'. Tetapi siapakah raja tersebut dan apakah yang mereka maksudkan?
Tambahan lagi, kelab malam tersebut dilaporkan menawarkan perkhidmatan seks kepada pelabur VIP bersama gadis remaja berusia 14 tahun
Biasanya, gadis-gadis ini akan diberi dadah dan dibayar sekitar USD300 (RM1,257) hingga USD1,000 (RM4,191) jika babak mereka dirakam. Ramai ahli VIP dikatakan mahu mengadakan hubungan seks bersama gadis remaja.
Gadis-gadis ini diserang secara seksual/diperkosa di bilik mandi kelab. Manakala, di bilik VIP pula, aksi seksual turut dilakukan di bilik mandi. Setelah selesai, gadis-gadis ini kemudian dibuang seperti sampah dan ditinggalkan begitu sahaja di lantai bilik mandi.
Kenapa kelab ini begitu popular?
- VIP boleh membeli meja dari beberapa ribu hingga puluhan ribu dolar
- Semua transaksi dilakukan secara tunai bagi mudah mengelakkan cukai
- Ia adalah tempat hiburan untuk VIP melakukan "perniagaan" mereka
Ramai netizen terkejut dengan berita gempar ini dan tidak menyangka langsung bahawa Jho Low boleh terlibat dalam skandal seks Seungri
Barangkali, Jho Low telah pun menjalin hubungan bersama YG sejak sekian lama. Masih ingat lagi artis sensasi PSY diterbangkan secara khas ke Malaysia pada tahun 2013?
Ada kemungkinan bahawa Jho Low merupakan salah seorang individu penting dalam menjayakan acara berkenaan. PSY membuat persembahan di Pulau Pinang ketika sambutan Tahun Baru Cina pada 11 Februari 2013 bersempena jelajah Pilihan Raya Barisan Nasional.
Throwback detik tersebut di bawah: