seismik

Jom Strim MAMA Awards 2022 Secara Langsung Dengan Percuma Di tonton!

Para peminat K-Pop, sila munculkan diri anda!

Cover image via m.k-odyssey.com

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Platform penstriman Media Prima, tonton akan menyiarkan secara langsung 'Anugerah K-Pop No 1 Dunia'

Image via 2022mama

MAMA Awards 2022 akan bersiaran langsung di penstriman tonton pada 29 November 2022 (Selasa) dan 30 November 2022 (Rabu), jam 3 petang waktu Malaysia.

Tahun ini, MAMA Awards akan berlangsung di Kyocera Dome Osaka, Jepun. Selain debaran tentang siapakah yang bakal memenangi seleksi anugerah yang berprestij itu, keterujaan juga membara dengan barisan artis ternama yang akan membuat persembahan.

Bersediakah anda untuk berhibur dengan barisan artis K-pop yang begitu berbakat. Berikut adalah sedikit pengenalan tentang artis-artis yang bakal membuat persembahan pada acara ini:

1. Stray Kids (Hari Pertama)

Image via Kpop.fandom

Stray Kids juga tercalon sebagai penerima anugerah dan merupakan tahun ketiga mereka dalam anugerah berprestij ini. Kumpulan Stray Kids ini telah ditubuhkan oleh JYP Entertainment pada tahun 2017 menerusi sebuah rancangan realiti. Ia dibarisi oleh Bang Chan, Lee Know, Changbin, Hyunjin, Han, Felix, Seungmin dan I.N.

2. HYOLYN

Image via NME

HYOLYN atau nama sebenarnya, Kim Hyo-jung, telah membuktikan kebolehannya sewaktu masanya bersama kumpulan gadis Sistar dan sub-unit mereka, Sistar19. Dia bermula kerjayanya pada tahun 2013, bintang ini telah mula mengukir kerjaya solo dengan jayanya. HYOLYN juga popular dengan lagu yang bertajuk 'No Thanks'.

3. BIBI

Image via Kpop-track

Bakat luar biasa BIBI tidak dapat disangkal lagi. Lonjakan kerjayanya tercetus apabila ikon rap Korea Selatan, Yoon Mi-rae, menemui bakat hebat artis ini menerusi lagu-lagu yang dihasilkan dan diterbitkan sendiri di SoundCloud. Hasilnya, BIBI telah mendapat tempat di bawah naungan Feel Ghood Music.

4. Forestella

Image via Kpopinfo114

Forestella diasaskan menerusi sebuah pertandingan nyanyian iaitu Phantom Singer 2. Kuartet crossover lelaki ini muncul sebagai pemenang pertandingan tersebut. Mereka juga telah membuat debut rasmi pada 2018 dengan album "Evolution".

5. TREASURE (Hari Kedua)

Image via Forbes

TREASURE sememangnya sungguh berharga. Grup ini juga telah mendapat tempat di hati para peminat di seluruh dunia. Kumpulan ini ditubuhkan pada 2019 oleh YG Entertainment melalui sebuah program realiti-ikhitiar hidup berjudul YG Treasure Box. Ahlinya terdiri daripada Choi Hyun-suk, Jihoon, Yoshi, Junkyu, Yoon Jae-hyuk, Asahi, Doyoung, Haruto, Park Jeong-woo dan So Jung-hwan.

6. ENHYPEN

Image via Forbes

ENHYPEN telah diwujudkan oleh Belift Lab, sebuah label yang diasaskan oleh CJ ENM dan Hybe Corporation. Salah satu lagu mereka iaitu Polaroid Love juga menjadi fenomena di laman sosial apabila lagu dan tarian mereka menjadi trend. Kumpulan ini terdiri daripada tujuh ahli iaitu Heeseung, Jay, Jake, Sunghoon, Sunoo, Jungwon dan Ni-ki.

7. IVE

Image via koreaboo

IVE, yang ditubuhkan oleh Starship Entertainment, telah membuat debut mereka dengan album berjudul "Eleven" pada tahun 2021. Kumpulan gadis ini terdiri daripada Yujin, Gaeul, Rei, Wonyoung, Liz dan Leeseo.

8. Newjeans

Image via koreatimes

NewJeans adalah kumpulan gadis yang ditubuhkan pada tahun 2019 oleh anak syarikat Hybe Corporation iaitu ADOR. Mereka bergiat aktif pada tahun 2022. Kumpulan ini terdiri daripada lima ahli iaitu Minji, Hanni, Danielle, Haerin dan Hyein. Mereka terkenal dengan lagu Hype Boy dan Attention.

Berita baik buat para peminat Bangtan Boys (BTS)

Image via NME

Telah diumumkan bahawa J-Hope yang merupakan salah seorang ahli kumpulan K-pop sensasi, BTS, akan turut membuat persembahan pada majlis anugerah berprestij ini. Namun, tarikh persembahannya masih belum dimaklumkan.

Jangan ketinggalan persembahan menarik acara ini

Saksikan MAMA Awards 2022 pada 29 November dan 30 November ini bermula jam 3 petang secara langsung menerusi laman web www.tonton.com.my atau dengan memuat turun aplikasi tonton.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: