seismik

"Journey To Heaven" - Lelaki Main Skuter Sampai Ke Penghujung Jambatan Ini Undang Ketawa

Dia okay tak tu?

Cover image via @thekingofthesendu (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika kita lihat di ibu kota atau di sekitar bandar-bandar, pasti akan ternampak orang bermain skuter bukan?

Ia adalah salah satu aktiviti menarik yang anda boleh lakukan bersama rakan-rakan, mahupun pasangan anda. Nampak macam mudah dibawa, tetapi anda perlulah pandai mengawal kelajuan skuter itu.

Lain pula terjadi dengan video yang tular di TikTok ini apabila aksi seorang lelaki bermain skuter telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bawa terlalu laju sampai masuk ke dalam air

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang dirakam bermain skuter di sebuah tempat yang tidak dikenal pasti.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah aksinya itu ternyata mengundang tawa ramai. Dia dilihat membawa skuter dengan sangat laju sehingga termasuk ke dalam air tanpa brek.

"Saya harus kembali ke Atlantis, saya sudah lambat pergi kerja" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 129.4K likes dan 2,198 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang menempah maut cara dia bawa skuter tu ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022