JPJ Beri Amaran Mungkin Tidak Lagi Sokong Penganjuran RXZ Members, Ini Sebabnya
Difahamkan, penganjuran program perhimpunan motosikal lazimnya mendapatkan pandangan serta nasihat daripada JPJ dan PDRM sebelum ia dilaksanakan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) beri amaran tidak akan menyokong program RXZ Members untuk diadakan lagi sekiranya masih berlaku insiden berbahaya di atas jalan raya melibatkan peserta
Menerusi laporan Kosmo!, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pihak mereka akan mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di samping memanggil penganjur program untuk menghadiri sesi libat urus bagi memberi peringatan tegas mengenai pematuhan undang-undang jalan raya.
"Selepas ini, sekiranya masih berlaku perkara sama, kita tidak akan menyokong program ini untuk diadakan lagi.
"Kita mahu memastikan peserta berhemah di jalan raya dan pengguna jalan raya yang lain tidak marah kepada peserta-peserta," ujarnya.
Menurutnya, JPJ tidak pernah menghalang penganjuran program permotoran selagi ia mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.
"Mana-mana peserta yang tidak patuh, termasuk mengubah suai kenderaan secara tidak mengikut spesifikasi akan dikenakan tindakan tanpa kompromi yang mana itu kita telah mulakan," katanya.

JPJ terima laporan orang ramai dan suarakan kerisauan terhadap segelintir peserta program RXZ Members 8.0
Segelintir peserta tersebut didakwa telah menunggang motosikal secara melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.
Aedy Fadly berkata pengguna jalan raya dan orang awam di beberapa negeri juga telah mula menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak berkuasa berhubung tindakan peserta yang didakwa menyebabkan kesesakan lalu lintas selain mengabaikan aspek keselamatan.
"Mereka mengatakan jalan raya sesak dan peserta berada di atas jalan raya dalam keadaan tidak selamat, memandu secara melulu serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
"JPJ menjaga kepentingan awam, bukan kepentingan peserta dan bukan kepentingan penganjur. Jadi kalau ada tindakan-tindakan yang membahayakan orang awam, kita akan ambil tindakan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via