JUICE Malaysia Kini Dalam Bahasa Melayu Dengan Segmen Baharu #IkatTepi
JUICE yang anda kenal dan cintai, kini dengan perisa baharu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Portal budaya pop dan hiburan Malaysia iaitu JUICE Malaysia telah memperkenalkan segmen baru dalam Bahasa Melayu (BM) yang dinamakan 'Ikat Tepi'
Langkah ini diambil untuk mencapai khalayak yang lebih luas dalam landskap Malaysia yang semakin beralih ke arah dalam talian.
Dikenali dengan ciri-ciri edgy yang tidak berlapis serta menjadi platform utama untuk acara-acara menarik di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara, penambahan segmen BM merupakan langkah yang sangat wajar bagi penerbitan ini.
"JUICE sentiasa memberi ruang dan peluang kepada semua lapisan masyarakat, sejak dari zaman terbitan majalah street culture kami yang sederhana.
"Kami merasakan bahawa sebuah bahagian khusus dalam bahasa kebangsaan kita adalah cara terbaik untuk terus menarik perhatian peminat kami.
"Keputusan ini juga didorong oleh trend artis urban tempatan yang semakin memeluk BM sebagai medium ekspresi mereka," kata Ben Liew, Ketua Editor JUICE Malaysia.
'Ikat Tepi' menawarkan kandungan yang sama seperti versi bahasa Inggeris dengan tumpuan khas pada topik-topik yang mungkin lebih dekat di hati pembaca BM
Ini termasuk hiburan tempatan seperti pertunjukan seni, festival muzik, tempat-tempat menarik untuk dilawati, aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan, tips fesyen, serta penerokaan mendalam dalam cerita-cerita menarik melalui perspektif Malaysia yang unik.
Ditubuhkan pada tahun 2002 sebagai majalah percuma untuk dibaca, JUICE Malaysia telah menjadi sinonim dengan hiburan terkini dan terbaik di Malaysia.
Seiring dengan peredaran masa, ia telah berkembang menjadi platform dalam talian yang menyajikan berita, acara, budaya pop, dan gosip harian.
Klik di SINI untuk membaca kandungan JUICE Ikat Tepi (BM). Untuk JUICE Malaysia dalam versi asal pula (Bahasa Inggeris), klik di SINI!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!