Dari Lamar Atas Pentas Ke Jinjang Pelamin, Pasangan Ini Bertemu Jodoh Lepas Nyanyi Duet!
Bukan dari mata je boleh turun ke hati, tapi suara pun boleh buat orang jatuh cinta. Awhh!
Pasti ramai yang pernah mendengar istilah, "Dari mata turun ke hati".
Tapi sebenarnya bukan dari mata sahaja boleh buat lelaki dan perempuan jatuh cinta, bahkan dari suara pun boleh!
Istilah ‘cinta pandang pertama’ atau 'love at first sight' lazimnya digunakan dan boleh berlaku apabila muncul perasaan yang sama di antara dua pihak saat pertama kali bertentang mata.
Tapi percaya tak daripada suara pun boleh buat seseorang itu jatuh cinta?
Begitulah yang berlaku kepada dua pasangan; Naqi dan Ayuni, serta Erul dan Naufa, yang mana mereka telah 'jatuh cinta' setelah mendengar suara nyanyian pasangan masing-masing.
Semuanya bermula apabila keempat-empat mereka menyertai sebuah pertandingan nyanyian yang telah ditayangkan di laman YouTube.
Menerusi program berkenaan, Naqi yang Ayuni yang sebelumnya tidak mengenali satu sama lain telah digandingkan menjadi pasangan duet sepanjang acara itu berlansung
Ternyata keserasian yang wujud di antara Naqi dan Ayuni dari awal pertandingan sekali gus telah menobatkan mereka sebagai juara di dalam program realiti nyanyian yang mempunyai 5 episod itu.
Lebih menarik lagi, keserasian di antara pasangan tersebut bukan hanya muncul di atas pentas sahaja tetapi juga sebaliknya. Siapa sangka timbul perasaan cinta di antara kedua mereka semasa menyanyi secara duet yang akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin pada 25 Julai lalu.
Dalam satu temubual, Naqi berkata, “Alhamdulillah, saya sendiri tak jangka akan menamatkan zaman bujang seawal usia muda ini tetapi inilah yang dinamakan jodoh."
“Hubungan yang dibina di atas pentas sebagai rakan duo kini berlanjutan ke jinjang pelamin, satu fasa baharu dalam hidup kami berdua,” tambahnya lagi.
Begitu juga yang berlaku kepada finalis program tersebut, Erul dan Naufa yang berjaya menemui cinta di antara satu sama lain
Hanya mula bersua muka semasa sesi uji bakat, pasangan Erul dan Naufa juga telah mendirikan rumah tangga susulan tamatnya program nyanyian itu.
Bukan itu sahaja, perkahwinan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki pada bulan Jun yang lalu.
Buat yang tidak familiar, program realiti nyanyian yang dimaksudkan itu adalah program Lagu Cinta Kita (LCK) musim pertama yang bersiaran pada bulan April tahun lalu
LCK sebenarnya merupakan adaptasi daripada program realiti popular dari Vietnam dan Korea Selatan, 'Love At First Song'. Program realiti berkonsepkan 'music dating' ini memerlukan setiap peserta untuk mendapatkan keserasian dengan pasangan duet masing-masing menerusi lagu cinta.
Program ini ingin menunjukkan bahawa selain daripada perlu memiliki bakat nyanyian dan vokal yang bagus, seorang penyanyi juga harus bijak mencari keserasian jika bergandingan dengan pasangan duet ketika membuat sebarang persembahan.
Bukan itu sahaja, kesemua peserta akan turut menyertai 'Camp Love Song' untuk menyelesaikan misi di samping membuat persiapan bagi persembahan seterusnya.
Setiap peserta juga akan diberi peluang untuk menukar pasangan mereka (re-matching) dengan syarat pasangan mereka harus bersetuju dengan penukaran tersebut.
Best-nya, program Lagu Cinta Kita akan muncul semula untuk musim kedua bermula 8 November ini, setiap hari Ahad, jam 9 malam di TV3!
Berbanding musim pertama yang disiarkan menerusi YouTube, LCK2 akan dibawa ke kaca TV dan mengekalkan Hael Husaini sebagai juri tetap bersama-sama dengan gandingan baharunya, Mas Idayu. Mereka juga akan ditemani seorang juri jemputan pada setiap episod.
Menariknya tentang LCK2 ini juga ialah, hos tetap, Elly Mazlein, pun akan digandingkan dengan beberapa pasangan hos yang berlainan antaranya Azwan Ali, sehingga beliau menemui pasangan sejolinya.
Selain itu, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi popular tanah air sepanjang siaran lapan episod ini.
So apa lagi? Jangan lupa untuk saksikan Lagu Cinta Kita di TV3. Anda juga boleh strim live HD hanya di www.tonton.com.my