seismik

"Selesa & Sedap Pakai" - Jom Beli Kaftan Batik Eksklusif Lukisan Tangan Yang Cantik Ini

Duduk rumah pun kena dress up!

Cover image via @sweetpastel.my (Instagram) & @ruzimabatik (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Kaftan merupakan baju tidur kegemaran ramai di Malaysia kerana kainnya yang selesa

Malah, ada yang jadikan kaftan sebagai baju untuk keluar rumah berjalan sudah tidak asing lagi. Kaftan dikenali dengan pakaian yang paling selesa untuk dibuat tidur ataupun berada di rumah saja.

Pernah suatu ketika, ada juga dalam kalangan kaum lelaki yang cuba memakai kaftan ini sehinggakan mereka berasa selesa dan tidak mahu menanggalkannya. 

Dengan situasi sekarang yang terpaksa menghabiskan banyak masa duduk di rumah, sudah tentunya kita bosan memakai baju yang sama saja setiap hari. Apa kata kita pakai kaftan yang cantik-cantik? 

Image via GIPHY

Jom lihat local seller yang jual kaftan batik cantik-cantik:

1. sweetpastel.my

Kaftan batik yang berwarna pastel ini sangat kelihatan cantik dan anggun bila dipakai. Bukan saja warna yang menceriakan, malah kain yang diperbuat daripada cotton itu sungguh selesa. 

Harga : RM45

Klik sini untuk lihat Instagram. 

2. bajukelawar.murah.cantik

Baju kaftan daripada kedai ini menawarkan pelabagai warna dan corak yang unik. Harganya pun murah, boleh borong banyak-banyak guys! Kepada yang suka warna vibrant, anda boleh singgah di kedai ini. 

Harga: RM38

Klik sini untuk lihat Instagram. 

3. caftanexclusive

Kaftan daripada caftanexclusive ini mempunyai corak bunga-bunga yang klasik dan unik. Warna yang dibawakan juga sangat warna-warni dan menarik perhatian. Corak kaftan mereka juga diperbuat daripada hasil lukisan tangan. Confirm anda akan terpikat!

Harga: RM59

Klik sini untuk lihat Instagram. 

4. theneedstore.my

Apa yang menarik perhatian di kedai ini ialah kain yang digunakan diperbuat daripada kain batik asli daripada Kelantan. Mereka juga mahir mencanting corak itu sendiri. Terdapat dua jenis ukuran, iaitu ukuran lengan tiga suku dan lengan panjang. 

Harga: RM 48 (lengan tiga suku), RM55 (lengan panjang)

Klik sini untuk lihat Instagram. 

5. kaftanbysha

Kalau anda nak matching-matching dengan anak-anak? Ini dia kaftan ibu dan anak. Hadir dalam pelbagai ukuran dan saiz. Corak dan warna juga sangat cantik. 

Harga: RM28 hingga RM38

Klik sini untuk lihat Instagram. 

6. bynanaaismail

Kaftan di kedai ini bukan saja menjual pelbagai corak batik dan bunga yang eksklusif. Anda juga boleh customize corak mengikut cita rasa anda. Ukuran pun tersedia dalam pelbagai saiz. Tunggu apa lagi? Jom beli!

Harga: RM59

Klik sini untuk lihat Instagram. 

7. ruzimabatik

Ruzima batik menawarkan kaftan yang diperbuat daripada kain batik asli Terengganu. Tersedia juga dalam pelbagai corak. Paling unik adalah corak tie dye yang merupakan trend sekarang. Kain yang selesa ni confirm best jadikan baju tidur!

Harga: RM100 hingga RM150 (3 helai)

Klik sini untuk lihat Instagram. 

8. mimpindahcaftan

Kaftan berwarna putih ini akan menampakkan anda lebih elegan dan jelita. Bukan saja boleh dijadikan baju untuk tidur, malah ia boleh dipakai untuk keluar berjalan.

Harga: RM69

Klik sini untuk lihat Instagram.

9. pastelism.my

Kaftan yang kita kenali sebagai baju kelawar ini kelihatan sangat sopan bila pakai. Selesa tu jangan cakap, sampai ada kaum lelaki yang ingin pakai sepanjang hari. Pastelism terdapat banyak baju kelawar yang cantik-cantik, jom singgah!

Harga: RM55

Klik sini untuk lihat Instagram. 

10. baju.kelawar

Kaum wanita mesti pantang tengok baju yang cantik dan penuh warna-warni ni kan? Rasa nak borong je semua. Kaftan ini boleh buat baju tidur. Nak pakai bila duduk rumah pun boleh, senang nak ambil parcel nanti kan? Dah cantik! 

Harga: RM45

Klik sini untuk lihat Instagram. 

Haa, tunggu apa lagi? Korang pun boleh dress up walaupun duduk dalam rumah je :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik